Dasar Kualiti
Jabatan Perangkaan Malaysia komited untuk membekalkan maklumat dan perkhidmatan statistik yang berorientasikan pengguna, bertepatan masa dan berkualiti. Ia dicapai melalui penggunaan teknik statistik dan teknologi yang terkini dan sesuai serta melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran anggota Jabatan di pelbagai peringkat secara berterusan.
Piagam Pelanggan
DOSM komited memberi perkhidmatan statistik yang bertepatan masa, reliable dan berintegriti iaitu:
- Memastikan statistik disebar dan dapat diakses serentak secara atas talian mengikut Kalendar Keluaran Awalan (Advanced Release Calendar -ARC) yang ditetapkan.
- Memastikan prasarana eStatistik boleh diakses 24 jam sehari.
- Memastikan permohonan data disediakan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut ketersediaan data dan kompleksiti permintaan;
- Data diterbitkan dalam penerbitan dan portal disediakan dalam tempoh satu hingga dua hari bekerja;
- Data tidak diterbitkan dan perlu diekstrak dari penjadualan komputer disediakan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja;
- Data yang memerlukan pengiraan, penyusunan dan prosesan tambahan disediakan dalam tempoh dua hingga 10 hari bekerja; atau
- Data kompleks disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari bekerja.
DOSM sentiasa memberi perhatian kepada jalinan hubungan dengan pelanggannya dalam menyampaikan perkhidmatan statistik dan memastikan:
- Pelanggan di kaunter dilayan dalam tempoh 10 minit daripada masa ketibaan; dan
- Pertanyaan, maklum balas dan aduan yang diterima dikendalikan dalam tempoh 7 hari bekerja.