MyStats Day 2025
MyStats Day 2024
MyStats Day 2023
MyStats Day 2022
MyStats Day 2021
MyStats Day 2020
United Nations General Assembly (UNGA) telah mengisytiharkan 20 Oktober 2010 sebagai Hari Statistik Sedunia. Seterusnya, sambutan diadakan pada setiap 5 tahun bertarikh 20 Oktober. Hari Statistik Sedunia kali ke-2 dan ke-3 telah disambut pada tahun 2015 dan 2020.
Seterusnya, sambutan diadakan pada setiap 5 tahun pada tarikh 20 Oktober. Hari Statistik Sedunia kali ke-2 dan ke-3 telah disambut pada tahun 2015 dan 2020. Pada tahun 2025, merupakan sambutan Hari Statistik Sedunia kali ke-4 di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2017, melalui keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar Hari Statistik Negara (HSN) secara rasmi diisytiharkan disambut di Malaysia pada tarikh 20 Oktober setiap tahun. Sambutan HSN pada tahun 2025 merupakan sambutan kali ke-9 yang bertemakan “Statistik Nadi Kehidupan”. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti Road to HSN yang melibatkan pelbagai pihak Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri/ Jabatan/ Agensi/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Swasta/ Institut Pengajian Tinggi/ Kolej/ Sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha DOSM untuk meliterasikan statistik dalam kehidupan seiring dengan misi dan visi DOSM melalui Pengukuhan Sistem Statistik Negara (PSSN) yang sedang dilaksanakan.
Kini, DOSM merupakan sebuah Agensi Kerajaan di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi yang menjalankan amanah dan dipertanggungjawab untuk mengumpul, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi, pembangunan sosial Negara dan kelestarian alam sekitar. HSN akan memberi impak yang ketara kepada inisiatif DOSM untuk memastikan budaya statistik dapat memberikan manfaat kepada pembangunan Negara dan kesejahteraan sejagat selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
DOSM telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan dan kecemerlangan Negara melalui penghasilan statistik yang berintegriti dan reliable. Warga DOSM merupakan aset berharga dan berperanan penting dalam memastikan kecemerlangan DOSM khususnya di persada Antarabangsa. Tema sambutan Hari Statistik Sedunia telah diumumkan oleh United Nations (UN) iaitu “Quality Statistics and Data for Everyone” yang membawa maksud kepentingan statistik dan data berkualiti dalam memacu perubahan ke arah kemajuan sejagat dapat diakses serta dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Tema ini akan diguna pakai secara global bagi tempoh 5 tahun mulai tahun 2025 hingga 2030.
Objektif
Program
Hubungi Kami
Kongsi pandangan dan maklum balas anda dengan kami. Anda boleh menghantar talian kepada kami jika anda memerlukan bantuan lanjut. Ia akan menjadi hebat untuk mendengar daripada anda!
@HariStatistikNegara
+603 - 8885 7000
sekretariathsn@dosm.gov.my
Gallery