Glossary A-Z
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
Z
A
agama
Merujuk kepada pengenalan atau pertalian seseorang individu dengan satu sistem kepercayaan dan amalan agama atau roh. Untuk tujuan penjadualan dan analisis, agama diklasifikasikan seperti berikut:-
- Islam;
- Kristian;
- Buddha;
- Hindu;
- Konfusianisme, Tao dan Puak/suku/folk/agama tradisi lain orang Cina;
- Lain-lain agama termasuk Sikhism dan Bahai;
- Tiada agama; dan
- Tidak diketahui
Sumber : Population & Demographic
Butiran Sumber : Banci Penduduk & Perumahan Malaysia-Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi
air pasang merah
Pembiakan plankton marin yang toksid dan biasanya menyebabkan kematian kepada ikan. Fenomena semulajadi ini adalah didorong oleh fosforus dan lain-lain nutrien yang dibuang ke dalam air oleh manusia. Warna air pasang ini boleh menjadi merah, kuning, hijau atau coklat. Air pasang berwarna merah adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan spesies plankton bertoksid, menyebabkan kerang-kerangan yang memakannya beracun kepada manusia.
Sumber : Environment
Butiran Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
air payau
Air yang mengandungi garam yang mana kepekatan garamnya kurang daripada kepekatan garam dalam air laut. Kepekatan jumlah garam yang terlarut biasanya dalam lingkungan 1,000-10,000 miligram se liter (mg/l).
Sumber : Environment
Butiran Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
air sisa
Air sisa/kumbahan adalah air sisa dari rumah, premis perniagaan atau industri yang mengandungi bahan organik dan tak organik dalam bentuk terlarut dan partikel terampai.
Sumber : Environment
Butiran Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
air tawar
Air bersih semula jadi yang mengandungi kurang kepekatan garam. Pada amnya ia sesuai untuk pengeluaran dan dirawat supaya menjadi air bersih yang sesuai untuk minum.
Sumber : Environment
Butiran Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
Untuk temu bual, kenyataan akhbar dan penjelasan kepada media, hubungi:
Baharudin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Emel: baharudin[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8090 4681
Tidak jumpa apa yang anda cari? Sila mohon data daripada kami, melalui
Layari eStatistik
Emel: data[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8885 7128 (permintaan data)
