Keluaran Statistik TerkiniMuat Turun PercumaBercetak

Penunjuk Ekonomi Malaysia - Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan Mei 2013 (Kemas kini: 24/07/2013)

Intisari

Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat pada Mei 2013. IP merekodkan peningkatan sebanyak 0.9% kepada 117.9 mata daripada 116.9 mata yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Ini disebabkan oleh peningkatan Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (0.6%), Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (0.4%) dan Import Benar Semi Konduktor (0.3%). Perubahan tahunan IP pada bulan rujukan juga meningkat kepada 4.2% daripada 3.5% pada April 2013.

Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, menurun 0.3% pada Mei 2013. Komponen utama yang menyumbang kepada penurunan adalah Gaji & Upah Benar di Sektor Pembuatan dan Nilai Caruman Benar kepada KWSP, masing-masing mencatatkan negatif 0.2%. Perubahan tahunan IS merekodkan pertumbuhan sebanyak 2.1% berbanding 2.6% pada bulan sebelumnya.

Perubahan tahunan bagi IP kekal menggalakkan pada bulan rujukan. Disokong oleh Indeks Difusi bagi kedua-dua indeks melebihi 50.0%, ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia dijangka akan terus berkembang dengan kukuh dalam bulan-bulan akan datang.

(Prestasi penunjuk ekonomi yang terperinci bagi Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan adalah seperti di Jadual 4 icon_pdf excel_biru).


Dikeluarkan oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
24 JULAI 2013