Keluaran Statistik TerkiniMuat Turun PercumaBercetak

Penunjuk Ekonomi Malaysia - Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan April 2013 (Kemas kini: 21/06/2013)

Intisari

Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat pada April 2013. IP meningkat 0.8% kepada 117.4 mata daripada 116.5 mata yang direkodkan pada bulan sebelumnya. Dua komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan ialah Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (0.4%) dan Bilangan Syarikat Baru Didaftar (0.3%). Perubahan tahunan IP pada bulan rujukan juga meningkat kepada 3.9% berbanding 3.0% pada bulan sebelumnya.

Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, kekal pada April 2013. Peningkatan dua komponen IS iaitu Nilai Caruman Benar Kepada KWSP (0.2%) dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (0.1%) diimbangi oleh penurunan Gaji & Upah Benar bagi Sektor Pembuatan (-0.2%) dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (-0.1%). Perubahan tahunan IS merekodkan pertumbuhan sebanyak 2.7% berbanding 2.2% pada Mac 2013.

Perubahan tahunan bagi IP dan IS menunjukkan peningkatan pada bulan rujukan dengan Indeks Difusi bagi kedua-dua indeks melebihi 50.0%. Ini menandakan bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang dalam tempoh terdekat.

(Prestasi penunjuk ekonomi yang terperinci bagi Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan adalah seperti di Jadual 4 icon_pdf excel_biru).