Keluaran Statistik TerkiniMuat Turun PercumaBercetak

Penunjuk Ekonomi Malaysia - Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan Februari 2013 (Kemas kini: 23/04/2013)

Intisari

Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat 1.4% kepada 115.3 mata daripada 113.7 mata yang dicatat pada pada bulan sebelumnya. Perubahan positif pada bulan semasa disokong oleh peningkatan tiga komponen utama iaitu Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (0.6%), Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (0.4%) dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (0.3%). Perubahan tahunan IP mencatatkan pertumbuhan perlahan kepada 1.1% berbanding 1.5% pada Januari 2013.

Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, menurun sebanyak 1.7% pada Februari 2013. Perubahan negatif ini disebabkan oleh penurunan terbesar Nilai Caruman Benar kepada KWSP (-0.5%), Kapasiti Penggunaan di Sektor Pembuatan (-0.4%) dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (-0.4%). Perubahan tahunan IS pada Februari 2013 juga menurun kepada negatif 0.2% daripada 4.3% pada bulan sebelumnya.

IP dan IS mencatatkan pertumbuhan tahunan yang perlahan berbanding dengan bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, IP kekal di atas arah aliran jangka panjang dan disokong oleh kedua-dua Indeks Difusi yang melebihi 50.0%. Ini menandakan bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang dalam bulan-bulan akan datang.

(Prestasi penunjuk ekonomi yang terperinci bagi Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan adalah seperti di Jadual 4 icon_pdf excel_biru).