| Keluaran Statistik Terkini | Muat Turun Percuma | Bercetak |
Penunjuk Ekonomi Malaysia - Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan Januari 2013 (Kemas kini: 22/03/2013)
Intisari
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat pada Januari 2013. IP meningkat 0.6% kepada 113.5 mata daripada 112.8 mata yang dicatat pada Disember 2012. Dua komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (0.4%) dan Import Benar Semi Konduktor (0.3%). Perubahan tahunan IP kekal 1.3% pada bulan rujukan.
Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, meningkat 0.7% pada Januari 2013. Perubahan positif pada bulan rujukan disebabkan oleh kenaikan tiga komponen utama iaitu Kapasiti Penggunaan di Sektor Pembuatan (0.4%), Nilai Caruman Benar kepada KWSP dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit, masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2%. Perubahan tahunan IS pada Januari 2013 juga meningkat kepada 3.7% daripada 3.3% pada bulan sebelumnya.
Perubahan tahunan bagi IP dan IS menunjukkan peningkatan pada bulan rujukan dengan Indeks Difusi bagi kedua-dua indeks melebihi 50.0%. Ini menandakan bahawa ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang kukuh dalam tempoh terdekat.
(Prestasi penunjuk ekonomi yang terperinci bagi Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan adalah seperti di Jadual 4
).
