Mengikut peruntukan Akta Perangkaan 1965 ( Dipinda -1989) semua maklumat berkenaan setiap pertubuhan akan di anggap sulit dan tidak akan didedahkan kepada pihak yang tidak berkenaan termasuk jabatan dan agensi kerajaan. Maklumat yang dikutip digunakan untuk tujuan perangkaan sahaja. Hanya maklumat perjumlahan tanpa menunjukkan maklumat individu pertubuhan akan disiarkan.
