| Keluaran Statistik Terkini | Muat Turun Percuma | Bercetak |
Perangkaan Pembuatan Bulanan Malaysia April 2013 (Kemas kini: 11/06/2013)
PRESTASI BULAN APRIL 2013
1. NILAI JUALAN
Nilai jualan pada April 2013 mencatatkan penurunan sebanyak 5.2% (RM2.7 bilion) kepada RM49.7 bilion berbanding RM52.4 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya. Manakala bulan ke bulan, nilai jualan juga telah dilaporkan menurun sebanyak 3.9% (RM2.0 bilion) pada bulan April 2013 berbanding bulan Mac 2013. Nilai jualan pada bulan Mac 2013 dikemaskini kepada negatif 6.5% tahun ke tahun kepada RM51.7 bilion.
Berdasarkan pelarasan musim, nilai jualan pada bulan April 2013 mencatatkan penurunan sebanyak negatif 4.2% berbanding bulan sebelumnya.
Kejatuhan nilai jualan pada bulan April 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh penurunan dalam 55 daripada 116 industri (47.4%) yang diliputi dalam penyiasatan. Bulan ke bulan, nilai jualan juga mencatatkan penurunan akibat kejatuhan dalam 63 daripada 116 industri (54.3%). Jadual 1 dan 2 berikut menunjukkan peratus perubahan nilai jualan bagi lima (5) industri utama.
2. BILANGAN PEKERJA
Jumlah pekerja pada bulan April 2013 adalah seramai 1,040,583 orang, menurun sebanyak 0.1% berbanding dengan bulan sebelumnya. Tahun ke tahun, bilangan pekerja pula mencatatkan peningkatan sebanyak 13,278 orang atau 1.3% berbanding dengan 1,027,305 orang pada April 2012. Bilangan pekerja pada bulan Mac 2013 dikemaskini kepada positif 1.4% tahun ke tahun kepada 1,042,049 orang.
3. GAJI & UPAH
Berdasarkan bulan ke bulan, nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan April 2013 menurun sebanyak 3.2% (RM91.8 juta) kepada RM 2,742.5 juta. Sementara itu, jumlah gaji & upah yang dibayar pada bulan April 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya juga telah meningkat sebanyak 6.7% (RM172.8 juta). Nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan Mac 2013 dikemaskini kepada positif 7.7% tahun ke tahun kepada RM 2,834.4 juta.
4. PURATA GAJI & UPAH SETIAP PEKERJA
Berdasarkan bulan ke bulan, purata gaji & upah yang dibayar bagi setiap pekerja pada bulan April 2013 menurun sebanyak 3.1% kepada RM2,636. Purata gaji & upah setiap pekerja pada bulan April 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya pula mencatatkan peningkatan sebanyak 5.4%. Purata gaji & upah pada bulan Mac 2013 dikemaskini kepada positif 6.3% tahun ke tahun kepada RM2,720.
5. PRODUKTIVITI
Berdasarkan bulan ke bulan, purata nilai jualan bagi setiap pekerja atau produktiviti pada bulan April 2013 menurun sebanyak 3.8% kepada RM47,728. Manakala produktiviti pada bulan April 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya juga dilaporkan menurun sebanyak 6.4%. Nilai produktiviti pada bulan Mac 2013 dikemaskini kepada negatif 7.7% tahun ke tahun kepada RM49,590.
PRESTASI DALAM TEMPOH JANUARI - APRIL 2013
Pada tempoh Januari - April 2013, nilai jualan sektor Pembuatan mencatatkan penurunan sebanyak 3.9% (RM 8.0 bilion) kepada RM198.0 bilion seperti ditunjukkan dalam Jadual 3. Bilangan pekerja pula meningkat sebanyak 1.3% (13,278 orang) kepada 1,040,583 orang. Secara kumulatif, produktiviti atau purata nilai jualan bagi setiap pekerja pada tempoh rujukan menurun sebanyak 5.1% kepada RM190,231.
Nota :
* 1. Laporan ini boleh diperoleh daripada laman portal Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my) di bawah ruangan: Keluaran Statistik.
2. Data bagi bulan April 2013 merupakan data awalan. Data ini akan dikemas kini dalam penerbitan bulan Mei 2013.
