Untitled Document
Keluaran Statistik Terkini Muat Turun PercumaBercetak


Perangkaan Pembuatan Bulanan Malaysia Mac 2013 (Kemas kini: 09/05/2013)

PRESTASI BULAN MAC 2013


1. NILAI JUALAN

Nilai jualan pada Mac 2013 mencatatkan penurunan sebanyak 7.5% (RM4.2 bilion) kepada RM51.1 bilion berbanding RM55.3 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya. Manakala bulan ke bulan, nilai jualan telah dilaporkan meningkat sebanyak 10.3% (RM4.8 bilion) pada bulan Mac 2013 berbanding bulan Februari 2013. Nilai jualan pada bulan Februari 2013 dikemaskini kepada negatif 6.6% tahun ke tahun kepada RM46.3 bilion.

Berdasarkan pelarasan musim, nilai jualan pada bulan Mac 2013 mencatatkan peningkatan sebanyak 12.3% berbanding bulan sebelumnya.

Kejatuhan nilai jualan pada bulan Mac 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh penurunan dalam 57 daripada 116 industri (49.1%) yang diliputi dalam penyiasatan. Bulan ke bulan, nilai jualan mencatatkan peningkatan akibat peningkatan dalam 106 daripada 116 industri (91.4%). Jadual 1 dan 2 berikut menunjukkan peratus perubahan nilai jualan bagi lima (5) industri utama.

2. BILANGAN PEKERJA

Jumlah pekerja pada bulan Mac 2013 adalah seramai 1,039,596 orang, meningkat sebanyak 0.7% berbanding dengan bulan sebelumnya. Tahun ke tahun, bilangan pekerja pula mencatatkan peningkatan sebanyak 11,555 orang atau 1.1% berbanding dengan 1,028,041 orang pada Mac 2012. Bilangan pekerja pada bulan Februari 2013 dikemaskini kepada positif 0.3% tahun ke tahun kepada 1,032,137 orang.

3. GAJI & UPAH

Berdasarkan bulan ke bulan, nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan Mac 2013 meningkat sebanyak 7.9% (RM209.8 juta) kepada RM 2,851.0 juta. Sementara itu, jumlah gaji & upah yang dibayar pada bulan Mac 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya juga telah meningkat sebanyak 8.3% (RM219.5 juta). Nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan Februari 2013 dikemaskini kepada positif 7.3% tahun ke tahun kepada RM 2,641.2 juta.

4. PURATA GAJI & UPAH SETIAP PEKERJA

Berdasarkan bulan ke bulan, purata gaji & upah yang dibayar bagi setiap pekerja pada bulan Mac 2013 meningkat sebanyak 7.2% kepada RM2,742. Purata gaji & upah setiap pekerja pada bulan Mac 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya juga mencatatkan peningkatan sebanyak 7.1%. Purata gaji & upah pada bulan Februari 2013 dikemaskini kepada positif 7.3% tahun ke tahun kepada RM2,559.

5. PRODUKTIVITI

Berdasarkan bulan ke bulan, purata nilai jualan bagi setiap pekerja atau produktiviti pada bulan Mac 2013 meningkat sebanyak 9.5% kepada RM49,143. Manakala produktiviti pada bulan Mac 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya pula dilaporkan menurun sebanyak 8.6%. Nilai produktiviti pada bulan Februari 2013 dikemaskini kepada negatif 6.8% tahun ke tahun kepada RM44,874.

PRESTASI DALAM TEMPOH JANUARI – MAC 2013

Pada tempoh Januari - Mac 2013, nilai jualan sektor Pembuatan mencatatkan penurunan sebanyak 3.8% (RM5.9 bilion) kepada RM147.7 bilion seperti ditunjukkan dalam Jadual 3. Bilangan pekerja pula meningkat sebanyak 1.1% (11,555 orang) kepada 1,039,596 orang. Secara kumulatif, produktiviti atau purata nilai jualan bagi setiap pekerja pada tempoh rujukan menurun sebanyak 4.9% kepada RM142,073.

 

Carta 1: Nilai Jualan Di Sektor Pembuatan
Carta 2: Bilangan Pekerja Bergaji Dan Gaji & Upah Di Sektor Pembuatan
Carta 3: Prestasi Produktiviti Di Sektor Pembuatan
Jadual 1: Nilai Jualan Mengikut Industri Pembuatan ( perubahan peratusan dari bulan yang sama tahun sebelumnya )
Jadual 2: Nilai Jualan Mengikut Industri Pembuatan ( perubahan peratusan dari bulan sebelumnya )
Jadual 3: Nilai Jualan, Bilangan Pekerja dan Gaji & Upah Januari - Mac 2013


Nota :

* 1. Laporan ini boleh diperoleh daripada laman portal Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my) di bawah ruangan: Keluaran Statistik.

2. Data bagi bulan Mac 2013 merupakan data awalan. Data ini akan dikemas kini dalam penerbitan bulan April 2013.