Untitled Document
Keluaran Statistik Terkini Muat Turun PercumaBercetak

Perangkaan Pembuatan Bulanan Malaysia Januari 2013 (Kemas kini:11/03/2013)

PRESTASI BULAN JANUARI 2013


1. NILAI JUALAN

Nilai jualan pada Januari 2013 mencatatkan peningkatan sebanyak 7.4% (RM3.6 bilion) kepada RM52.4 bilion berbanding RM48.8 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya. Manakala bulan ke bulan, nilai jualan telah jatuh sebanyak 0.4% (RM0.2 bilion) pada bulan Januari 2013 berbanding bulan Disember 2012. Nilai jualan pada bulan Disember 2012 dikemaskini kepada positif 7.5% tahun ke tahun kepada RM52.6 bilion.

Berdasarkan pelarasan musim, nilai jualan pada bulan Januari 2013 mencatatkan penurunan sebanyak 0.9% berbanding bulan sebelumnya.

Pertumbuhan nilai jualan pada bulan semasa berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh peningkatan dalam 77 daripada 116 industri (66.4%) yang diliputi dalam penyiasatan. Nilai jualan pula mencatatkan penurunan pada bulan semasa berbanding bulan sebelumnya akibat pengurangan dalam 48 daripada 116 industri (41.4%). Jadual 1 dan 2 berikut menunjukkan peratus perubahan nilai jualan bagi lima (5) industri utama.

2. BILANGAN PEKERJA

Jumlah pekerja pada bulan Januari 2013 adalah seramai 1,032,315 orang, meningkat sebanyak 9,754 orang atau 1.0% berbanding dengan bulan sebelumnya. Tahun ke tahun, bilangan pekerja pula mencatatkan peningkatan sebanyak 9,035 orang atau 0.9% berbanding dengan 1,023,280 orang pada Januari 2012. Bilangan pekerja pada bulan Disember 2012 dikemaskini kepada positif 1.9% tahun ke tahun kepada 1,022,561 orang.

3. GAJI & UPAH

Berdasarkan bulan ke bulan, nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan Januari 2013 menurun sebanyak 4.0% (RM110.8 juta) kepada RM2,679.9 juta. Sementara, jumlah gaji & upah yang dibayar pada bulan Januari 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya pula telah meningkat sebanyak 9.1% (RM224.2 juta). Nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan Disember 2012 dikemaskini kepada positif 7.2% tahun ke tahun kepada RM2,790.7 juta.

4. PURATA GAJI & UPAH SETIAP PEKERJA

Berdasarkan bulan ke bulan, purata gaji & upah yang dibayar bagi setiap pekerja pada bulan Januari 2013 menurun sebanyak 4.9% kepada RM2,596. Purata gaji & upah setiap pekerja pada bulan Januari 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya pula mencatatkan peningkatan sebanyak 8.2%. Purata gaji & upah pada bulan Disember 2012 dikemaskini kepada positif 5.3% tahun ke tahun kepada RM2,729.

5. PRODUKTIVITI

Berdasarkan bulan ke bulan, purata nilai jualan bagi setiap pekerja atau produktiviti pada bulan Januari 2013 menurun sebanyak 1.4% kepada RM50,718. Manakala produktiviti pada bulan Januari 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6.5%. Nilai produktiviti pada bulan Disember 2012 dikemaskini kepada positif 5.5% tahun ke tahun kepada RM51,431.

 

Carta 1: Nilai Jualan Di Sektor Pembuatan
Carta 2: Bilangan Pekerja Bergaji Dan Gaji & Upah Di Sektor Pembuatan
Carta 3: Prestasi Produktiviti Di Sektor Pembuatan
Jadual 1: Nilai Jualan Mengikut Industri Pembuatan ( perubahan peratusan dari bulan yang sama tahun sebelumnya )
Jadual 2: Nilai Jualan Mengikut Industri Pembuatan ( perubahan peratusan dari bulan sebelumnya )


Nota :

* 1. Laporan ini boleh diperoleh daripada laman sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my) di bawah ruangan: Keluaran Statistik.

2. Data bagi bulan Januari 2013 merupakan data awalan. Data ini akan dikemaskini dalam penerbitan bulan Februari 2013.