Keluaran Statistik Terkini Penerbitan OnlinePenerbitan

Indeks Harga Pengguna Malaysia Jun 2013 (Kemas kini: 19/7/2013)

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Jun 2013 meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 106.3 dibandingkan dengan 104.6 pada tempoh yang sama tahun lepas. Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, IHP Jun 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.8 peratus daripada 104.8 kepada 106.7 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus.

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan bagi bulan Jun 2013 masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 3.2 dan 1.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun 2012. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2013, indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 3.3 dan 0.9 peratus. Berbanding dengan bulan sebelumnya, indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat sebanyak 0.4 peratus manakala indeks Bukan Makanan turun sebanyak 0.1 peratus (Jadual 1).



Perubahan IHP bagi tempoh Januari - Jun 2013 / 2012

Kenaikan sebanyak 1.6 peratus dalam IHP adalah disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks Pakaian & Kasut dan Komunikasi masing-masing sebanyak 0.7 peratus dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan ( - 0.1 peratus ). Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol  ( + 3.3 peratus ); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain ( + 1.6 peratus ) dan Pengangkutan ( + 0.6 peratus ). Kenaikan lain ialah Minuman Alkohol & Tembakau ( + 2.4 peratus ); Pendidikan dan Restoran & Hotel masing-masing sebanyak 2.2 peratus; Kesihatan ( + 2.0 peratus ); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah ( + 1.6 peratus ) dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan ( + 0.9 peratus ).

Jadual 1 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)

Kumpulan
Waj.
Indeks
% Perubahan
Jun
2012
Mei
2013
Jun
2013
Jan - Jun 2012
Jan - Jun 2013
Jun 2013/
Mei 2013
Jun 2013/
Jun 2012
Jan - Jun 2013/2012
JUMLAH
100.0
104.8
106.6
106.7
104.6
106.3
0.1
1.8
1.6
Makanan & Minuman Bukan Alkohol
30.3
107.7
110.8
111.2
107.0
110.5
0.4
3.2
3.3
Minuman Alkohol & Tembakau
2.2
104.7
106.7
109.1
104.6
107.1
2.2
4.2
2.4
Pakaian dan Kasut
3.4
99.2
98.8
98.6
99.5
98.8
-0.2
-0.6
-0.7
Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain
22.6
103.2
105.3
105.3
103.0
104.6
0.0
2.0
1.6
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah
4.1
103.8
105.3
105.5
103.5
105.2
0.2
1.6
1.6
Kesihatan
1.3
104.6
106.8
106.6
104.3
106.4
-0.2
1.9
2.0
Pengangkutan
14.9
105.0
105.7
105.3
105.0
105.6
-0.4
0.3
0.6
Komunikasi
5.7
99.1
98.5
98.4
99.3
98.6
-0.1
-0.7
-0.7
Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan
4.6
103.2
103.0
103.0
103.2
103.1
0.0
-0.2
-0.1
Pendidikan
1.4
104.7
107.2
107.3
104.6
106.9
0.1
2.5
2.2
Restoran dan Hotel
3.2
109.0
111.3
111.4
108.5
110.9
0.1
2.2
2.2
Pelbagai Barangan & Perkhidmatan
6.3
104.1
104.3
104.1
104.0
104.9
-0.2
0.0
0.9
Bukan Makanan
69.7
103.5
104.8
104.7
103.6
104.5
-0.1
1.2
0.9
Barang Tahan Lama
6.5

100.1

98.3
98.2
100.5
99.1
-0.1
-1.9
-1.4
Barang Semi Tahan Lama
4.4
100.1
99.7
99.5
100.3
99.7
-0.2
-0.6
-0.6
Barang Tidak Tahan Lama
41.6
106.0
108.0
108.1
105.7
107.8
0.1
2.0
2.0
Perkhidmatan
47.5
104.9
107.1
107.2
104.6
106.6
0.1
2.2
1.9

Berdasarkan kepada kenaikan di atas dan juga wajaran yang ditetapkan kepada pelbagai kumpulan utama, sumbangan relatif kepada kenaikan 1.6 peratus dalam IHP keseluruhannya boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Tiga kumpulan utama iaitu Makanan & Minuman Bukan Alkohol; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Pengangkutan menyumbangkan 79.1 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan dalam tempoh semasa.

Jadual 2 : SUMBANGAN KEPADA PERUBAHAN INDEKS HARGA PENGGUNA KESELURUHAN
BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)

Kumpulan
Waj.
2012 / 2011
Jun
2013 / 2012
Januari - Jun
2013 / 2012
Perubahan
%
Sumbangan
%
Perubahan
%
Sumbangan
%
Perubahan
%
Sumbangan
%
JUMLAH
100.0
1.6
100.0
1.8
100.0
1.6
100.0
Makanan & Minuman Bukan Alkohol
30.3
2.7
50.5
3.2
55.0
3.3
56.6
Minuman Alkohol & Tembakau
2.2
0.4
0.6
4.2
4.9
2.4
2.9
Pakaian dan Kasut
3.4
-0.6
-1.2
-0.6
4.5
-0.7
4.6
Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain
22.6
1.6
21.7
2.0
23.5
1.6
18.7
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah
4.1
2.0
4.7
1.6
5.3
1.6
5.5
Kesihatan
1.3
2.0
1.6
1.9
1.3
2.0
1.4
Pengangkutan
14.9
0.7
6.3
0.3
2.2
0.6
3.8
Komunikasi
5.7
-0.6
-2.3
-0.7
-2.2
-0.7
-2.3
Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan
4.6
1.2
3.1
-0.2
-0.6
-0.1
-0.4
Pendidikan
1.4
2.4
2.0
2.5
1.8
2.2
1.7
Restoran dan Hotel
3.2
2.9
5.9
2.2
3.8
2.2
4.1
Pelbagai Barangan & Perkhidmatan
6.3
2.0
7.1
0.0
0.5
0.9
3.4

Kenaikan indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebanyak 3.3 peratus adalah akibat daripada kenaikan indeks Makanan Di Rumah ( + 3.5 peratus ); Makanan Di Luar Rumah ( + 2.8 peratus ) dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( + 1.6 peratus ). Antara subkumpulan Makanan Di Rumah yang mengalami kenaikan signifikan dalam tempoh ini ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 ialah Sayur-Sayuran ( + 5.5 peratus ); Daging ( + 5.2 peratus ); Gula, Jem, Madu, Coklat dan Manisan ( + 5.0 peratus ); Ikan & Makanan Laut ( + 4.0 peratus ); Buah-Buahan ( + 3.4 peratus ); Susu & Telur ( + 2.9 peratus ) dan Beras, Roti dan Bijirin Lain ( + 1.8 peratus ).

Jadual 3 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI SUBKUMPULAN MAKANAN DAN
MINUMAN BUKAN ALKOHOL, MALAYSIA (2010=100)

Subkumpulan
Waj.
Indeks
% Perubahan
Jun
2012
Mei 2013
Jun 2013
Jan - Jun 2012
Jan - Jun 2013
Jun 2013/
Mei 2013
Jun 2013/
Jun 2012
Jan - Jun 2013/2012
Makanan & Minuman Bukan Alkohol
30.3
107.7
110.8
111.2
107.0
110.5
0.4
3.2
3.3
Makanan
28.9
107.8
111.0
111.4
107.2
110.7
0.4
3.3
3.3
Makanan Di Rumah
18.9
107.5
110.8
111.2
106.8
110.5
0.4
3.4
3.5
Beras, Roti & Bijirin Lain
4.4
102.5
104.4
104.4
102.4
104.2
0.0
1.9
1.8
Daging
2.9
108.3
110.5
111.9
105.0
110.5
1.3
3.3
5.2
Ikan & Makanan Laut
4.5
113.6
117.2
118.0
112.1
116.6
0.7
3.9
4.0
Susu & Telur
1.8
108.1
111.9
112.4
108.7
111.9
0.4
4.0
2.9
Minyak and Telur
0.6
101.4
101.0
100.9
101.3
101.2
-0.1
-0.5
-0.1
Buah-Buahan
1.2
107.7
111.6
111.6
107.8
111.5
0.0
3.6
3.4
Sayur-Sayuran
2.1
102.4
110.1
109.5
103.2
108.9
-0.5
6.9
5.5
Gula, Jem, Madu, Coklat & Manisan
0.6
113.7
119.4
119.4
113.5
119.2
0.0
5.0
5.0
Keluaran Makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana
0.8
110.0
110.9
111.0
110.1
110.6
0.1
0.9
0.5
Makanan Di Luar Rumah
10.0
108.4
111.3
111.7
107.9
110.9
0.4
3.0
2.8
Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol
1.4
105.3
106.6
106.7
104.8
106.5
0.1
1.3
1.6

Perubahan IHP Bulanan

Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi Jun 2013 naik sebanyak 0.1 peratus. Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam indeks Minuman Alkohol & Tembakau ( + 2.2 peratus ); Makanan & Minuman Bukan Alkohol ( + 0.4 peratus ); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah ( + 0.2 peratus ); Pendidikan dan Restoran & Hotel masing-masing sebanyak 0.1 peratus. Sebaliknya, kumpulan utama yang menunjukkan penurunan ialah Pengangkutan ( - 0.4 peratus ); Pakaian & Kasut; Kesihatan dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan masing-masing sebanyak 0.2 peratus dan Komunikasi ( - 0.1 peratus ). Kumpulan utama Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan masing-masing kekal tidak berubah pada 105.3 dan 103.0.

Kenaikan sebanyak 0.4 peratus pada indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dalam bulan Jun 2013 berbanding dengan bulan sebelumnya adalah disebabkan oleh kenaikan indeks Makanan Di Rumah ( + 0.4 peratus ); indeks Makanan Di Luar Rumah ( + 0.4 peratus ) dan indeks Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( + 0.1 peratus ).

Antara barangan makanan yang mencatatkan kenaikan indeks yang ketara dalam bulan Jun 2013 berbanding dengan bulan sebelumnya ialah Timun ( + 17.5 peratus ); Cili Merah ( + 16.4  peratus ); Tomato ( + 7.5 peratus ); Kubis Bulat ( + 4.5 peratus ); Ikan Selayang ( + 3.0 peratus ); Ikan Cencaru ( + 2.4 peratus ); Ayam ( + 2.3 peratus ); Susu Tepung Bayi ( + 0.7 peratus ) dan Daging Lembu Tempatan ( + 0.3 peratus ).

Pada masa yang sama, indeks bagi beberapa barangan makanan didapati turun dalam bulan Jun 2013 berbanding bulan sebelumnya. Antara barangan tersebut ialah Bayam ( - 12.1 peratus ); Kangkung ( - 10.6 peratus ); Sawi ( - 8.5 peratus ); Kacang Buncis ( - 3.4 peratus ); Kai Lan ( - 2.6 peratus ) dan Bawang Putih ( - 1.2 peratus ).

Pengkelasan semula barangan mengikut ketahanan dan perkhidmatan menunjukkan kenaikan bagi indeks Barang Tidak Tahan Lama dan Perkhidmatan masing-masing sebanyak 0.1 peratus  manakala indeks Barang Tahan Lama dan Barang Semi Tahan Lama masing-masing turun sebanyak 0.1 dan 0.2 peratus.