Keluaran Statistik Terkini Muat Turun PercumaBercetak

Indeks Harga Pengguna Malaysia Mei 2013 (Kemas kini: 19/6/2013)

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Mei 2013 meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 106.2 dibandingkan dengan 104.5 pada tempoh yang sama tahun lepas. Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, IHP Mei 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.8 peratus daripada 104.7 kepada 106.6 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus.

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan bagi bulan Mei 2013 masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 3.5 dan 1.1 peratus berbanding bulan yang sama tahun 2012. Bagi tempoh Januari hingga Mei 2013, indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 3.2 dan 0.9 peratus. Berbanding dengan bulan sebelumnya, indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan masing-masing naik sebanyak 0.4 dan 0.2 peratus (Jadual 1).




Perubahan IHP bagi tempoh Januari - Mei 2013 / 2012

Kenaikan sebanyak 1.6 peratus dalam IHP adalah disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks Pakaian & Kasut dan Komunikasi masing-masing sebanyak 0.7 peratus dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan ( - 0.1 peratus ). Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol  ( + 3.2 peratus ); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain ( + 1.4 peratus ) dan Pengangkutan ( + 0.6 peratus ). Kenaikan lain ialah indeks Restoran & Hotel ( + 2.3 peratus ); Pendidikan ( + 2.1 peratus ); Minuman Alkohol & Tembakau dan Kesihatan masing-masing 2.0 peratus; Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah ( + 1.6 peratus ) dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan ( + 1.1 peratus ).


Jadual 1 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)

Kumpulan
Waj.
Indeks
% Perubahan
Mei
2012
Apr 2013
Mei
2013
Jan - Mei 2012
Jan - Mei 2013
Mei 2013/
Apr 2013
Mei 2013/
Mei 2012
Jan - Mei 2013/2012
JUMLAH
100.0
104.7
106.3
106.6
104.5
106.2
0.3
1.8
1.6
Makanan & Minuman Bukan Alkohol
30.3
107.1
110.4
110.8
106.9
110.3
0.4
3.5
3.2
Minuman Alkohol & Tembakau
2.2
104.7
106.7
106.7
104.6
106.7
0.0
1.9
2.0
Pakaian dan Kasut
3.4
99.5
98.8
98.8
99.5
98.8
0.0
-0.7
-0.7
Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain
22.6
103.2
104.3
105.3
103.0
104.4
1.0
2.0
1.4
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah
4.1
103.7
105.4
105.3
103.4
105.1
-0.1
1.5
1.6
Kesihatan
1.3
104.5
106.6
106.8
104.2
106.3
0.2
2.2
2.0
Pengangkutan
14.9
105.3
105.8
105.7
105.0
105.6
-0.1
0.4
0.6
Komunikasi
5.7
99.2
98.5
98.5
99.3
98.6
0.0
-0.7
-0.7
Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan
4.6
103.2
103.1
103.0
103.2
103.1
-0.1
-0.2
-0.1
Pendidikan
1.4
104.8
107.0
107.2
104.6
106.8
0.2
2.3
2.1
Restoran dan Hotel
3.2
108.8
111.1
111.3
108.3
110.8
0.2
2.3
2.3
Pelbagai Barangan & Perkhidmatan
6.3
103.9
104.9
104.3
104.0
105.1
-0.6
0.4
1.1
Bukan Makanan
69.7
103.7
104.5
104.8
103.5
104.4
0.2
1.1
0.9
Barang Tahan Lama
6.5
100.0
99.1
98.3
100.5
99.2
-0.8
-1.7
-1.3
Barang Semi Tahan Lama
4.4
100.2
99.7
99.7
100.3
99.7
0.0
-0.5
-0.6
Barang Tidak Tahan Lama
41.6
105.7
107.8
108.0
105.6
107.7
0.2
2.2
2.0
Perkhidmatan
47.5
104.8
106.5
107.1
104.5
106.4
0.6
2.2
1.8

Berdasarkan kepada kenaikan di atas dan juga wajaran yang ditetapkan kepada pelbagai kumpulan utama, sumbangan relatif kepada kenaikan 1.6 peratus dalam IHP keseluruhannya boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Tiga kumpulan utama iaitu Makanan & Minuman Bukan Alkohol; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Pengangkutan menyumbangkan 78.9 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan dalam tempoh semasa.

Jadual 2 : SUMBANGAN KEPADA PERUBAHAN INDEKS HARGA PENGGUNA KESELURUHAN
BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)

Kumpulan
Waj.
2012 / 2011
Mei
2013 / 2012
Januari - Mei
2013 / 2012
Perubahan
%
Sumbangan
%
Perubahan
%
Sumbangan
%
Perubahan
%
Sumbangan
%
JUMLAH
100.0
1.6
100.0
1.8
100.0
1.6
100.0
Makanan & Minuman Bukan Alkohol
30.3
2.7
50.5
3.5
56.6
3.2
56.6
Minuman Alkohol & Tembakau
2.2
0.4
0.6
1.9
2.1
2.0
2.5
Pakaian dan Kasut
3.4
-0.6
-1.2
-0.7
4.3
-0.7
4.6
Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain
22.6
1.6
21.7
2.0
22.8
1.4
18.2
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah
4.1
2.0
4.7
1.5
4.9
1.6
5.6
Kesihatan
1.3
2.0
1.6
2.2
1.5
2.0
1.5
Pengangkutan
14.9
0.7
6.3
0.4
3.1
0.6
4.1
Komunikasi
5.7
-0.6
-2.3
-0.7
-2.0
-0.7
-2.3
Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan
4.6
1.2
3.1
-0.2
-0.5
-0.1
-0.4
Pendidikan
1.4
2.4
2.0
2.3
1.6
2.1
1.6
Restoran dan Hotel
3.2
2.9
5.9
2.3
3.9
2.3
4.1
Pelbagai Barangan & Perkhidmatan
6.3
2.0
7.1
0.4
1.7
1.1
3.9

Kenaikan indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebanyak 3.2 peratus adalah akibat daripada kenaikan indeks Makanan Di Rumah ( + 3.6 peratus ); Makanan Di Luar Rumah ( + 2.7 peratus ) dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( + 1.6 peratus ). Antara subkumpulan Makanan Di Rumah yang mengalami kenaikan signifikan dalam tempoh ini ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 ialah Daging ( + 5.6 peratus ); Sayur-Sayuran ( + 5.2 peratus ); Gula, Jem, Madu, Coklat dan Manisan ( + 5.0 peratus ); Ikan & Makanan Laut ( + 4.1 peratus ); Buah-Buahan ( + 3.4 peratus ); Susu & Telur ( + 2.7 peratus ) dan Beras, Roti dan Bijirin Lain ( + 1.8 peratus ).

Jadual 3 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI SUBKUMPULAN MAKANAN DAN
MINUMAN BUKAN ALKOHOL, MALAYSIA (2010=100)

Subkumpulan
Waj.
Indeks
% Perubahan
Mei 2012
Apr 2013
Mei 2013
Jan - Mei 2012
Jan - Mei 2013
Mei 2013/
Apr 2013
Mei 2013/
Mei 2012
Jan - Mei 2013/2012
Makanan & Minuman Bukan Alkohol
30.3
107.1
110.4
110.8
106.9
110.3
0.4
3.5
3.2
Makanan
28.9
107.2
110.6
111.0
107.0
110.5
0.4
3.5
3.3
Makanan Di Rumah
18.9
106.6
110.3
110.8
106.6
110.4
0.5
3.9
3.6
Beras, Roti & Bijirin Lain
4.4
102.5
104.3
104.4
102.4
104.2
0.1
1.9
1.8
Daging
2.9
105.3
113.3
110.5
104.4
110.2
-2.5
4.9
5.6
Ikan & Makanan Laut
4.5
112.3
115.7
117.2
111.8
116.4
1.3
4.4
4.1
Susu & Telur
1.8
108.5
111.6
111.9
108.8
111.7
0.3
3.1
2.7
Minyak and Telur
0.6
101.4
101.1
101.0
101.3
101.2
-0.1
-0.4
-0.1
Buah-Buahan
1.2
107.7
112.0
111.6
107.8
111.5
-0.4
3.6
3.4
Sayur-Sayuran
2.1
101.4
105.1
110.1
103.4
108.8
4.8
8.6
5.2
Gula, Jem, Madu, Coklat & Manisan
0.6
113.6
119.2
119.4
113.5
119.2
0.2
5.1
5.0
Keluaran Makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana
0.8
110.0
110.8
110.9
110.1
110.6
0.1
0.8
0.5
Makanan Di Luar Rumah
10.0
108.2
111.0
111.3
107.8
110.7
0.3
2.9
2.7
Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol
1.4
105.1
106.5
106.6
104.7
106.4
0.1
1.4
1.6

Perubahan IHP Bulanan

Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi Mei 2013 naik sebanyak 0.3 peratus. Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam indeks Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain ( + 1.0 peratus ); Makanan & Minuman Bukan Alkohol ( + 0.4 peratus ); Kesihatan;  Pendidikan dan Restoran & Hotel masing-masing sebanyak 0.2 peratus. Sebaliknya, kumpulan utama yang menunjukkan penurunan ialah Pelbagai Barangan & Perkhidmatan ( - 0.6 peratus ); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah; Pengangkutan dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan masing-masing sebanyak 0.1 peratus. Kumpulan utama Minuman Alkohol & Tembakau; Pakaian & Kasut dan Komunikasi masing-masing kekal tidak berubah pada 106.7; 98.8 dan 98.5.

Kenaikan sebanyak 0.4 peratus pada indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dalam bulan Mei 2013 berbanding dengan bulan sebelumnya adalah disebabkan oleh kenaikan indeks Makanan Di Rumah ( + 0.5 peratus ); indeks Makanan Di Luar Rumah ( + 0.3 peratus ) dan indeks Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( + 0.1 peratus ).

Antara barangan makanan yang mencatatkan kenaikan indeks yang ketara dalam bulan Mei 2013 berbanding dengan bulan sebelumnya ialah Sawi ( + 14.5 peratus ); Bayam ( + 14.2  peratus ); Kacang Panjang ( + 13.0 peratus ); Kangkung ( + 11.3 peratus ); Kubis Bulat ( + 10.7 peratus ); Kai Lan ( + 8.5 peratus ); Cili Merah ( + 6.1 peratus ); Ikan Selar ( + 4.6 peratus ); Ikan Kerisi ( + 3.4 peratus ); Ikan Kembong ( + 3.1 peratus ) dan Sotong ( + 1.9 peratus ).

Pada masa yang sama, indeks bagi beberapa barangan makanan didapati turun dalam bulan Mei 2013 berbanding bulan sebelumnya. Antara barangan tersebut ialah Ayam ( - 5.1 peratus ); Buah Mangga ( - 3.5 peratus ); Bawang Merah, Kecil ( - 3.0 peratus ); Tomato ( - 2.1     peratus ); Buah Tembikai ( - 1.6 peratus ); Susu Tepung Bayi ( - 0.3 peratus ) dan Beras Tempatan – 5% Hancur ( - 0.2 peratus ).

Pengkelasan semula barangan mengikut ketahanan dan perkhidmatan menunjukkan kenaikan bagi indeks Perkhidmatan ( + 0.6 peratus ) dan Barang Tidak Tahan Lama ( + 0.2    peratus ) manakala indeks Barang Tahan Lama mencatatkan penurunan sebanyak 0.8 peratus. Indeks Barang Semi Tahan Lama kekal tidak berubah pada 99.7.