mySMS


Mengenai mySMS

mySMS adalah merupakan perkhidmatan yang dibekalkan untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan data terkini daripada Jabatan Perangkaan. Data Penduduk, Keluaran Dalam Negara Kasar, Indeks Harga Pengguna, Perdagangan, Guna Tenaga, Indeks Pengeluaran Perindustrian dan Perangkaan Pembuatan Bulanan boleh diperolehi. Disamping itu, alamat Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan dan Jabatan Perangkaan Negeri juga boleh diperolehi melalui perkhidmatan ini.

Untuk mendapatkan data atau alamat melalui Perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu menaip STATS DATA dan menghantarnya ke 15888. Pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan seterusnya tambahan caj sebanyak RM0.20 akan dikenakan apabila pengguna menerima data atau alamat.

Bagaimana mendapatkan data menggunakan khidmat mySMS?
a. Untuk melihat data yang ditawarkan melalui perkhidmatan mySMS, sila lihat contoh di bawah:
menu1a

Langkah 1: Taipkan STATS DATA
Langkah 2: Hantar kepada 15888

 

b. Anda akan menerima menu seperti yang ditunjukkan di bawah:

RM0.20 STATS:
Menu:
1 alamat
2 pnduduk
3 kdnk
4 hrg pguna
5 prdagangan
6 gtenaga
7 pngeluarn prindustrian
8 pmbuatan

 

c. Untuk mendapatkan data ( contohnya, indeks pengeluaran perindustrian):

Langkah 1 : Taip stats 7
Langkah 2 : Hantar kepada 15888
d. Anda akan menerima data terkini bagi indeks pengeluaran perindustrian seperti yang ditunjukkan di bawah:

RM0.20 STATS:

pngluaran prindustrian
apr 09/08
kseluruhan: - 11.4%
plombongan : - 2.9%
pmbuatan : -15.7%
elktrk : -2.9%

maklumat lanjut:
www.statistics.gov.my

Singkatan yang digunakan:-
pnduduk: Penduduk
kdnk: Keluaran Dalam Negara Kasar
hrg pguna: Harga Pengguna
prdagangan: Perdagangan
gtenaga: Guna tenaga
pngeluarn prindustrian: Pengeluaran Perindustrian
pmbuatan: Pembuatan
hq: Ibu Pejabat
jhr: Johor
kdh: Kedah
kel: Kelantan
mel: Melaka
ns: Negeri Sembilan
phg: Pahang
png: Pulau Pinang
prk: Perak
prs: Perlis
sel: Selangor
trg: Terengganu
sbh: Sabah
swk: Sarawak
kl: Kuala Lumpur