PERANGKAAN PERKHIDMATAN - PERKHIDMATAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


ISSN 1675-316X

Penerbitan ini membentangkan perangkaan sektor Perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi yang merangkumi aktiviti penerbitan; penerbitan wayang gambar, video dan program televisyen; pemprograman dan penyiaran; perkhidmatan telekomunikasi; perkhidmatan komputer dan perkhidmatan maklumat. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Pertubuhan Perkhidmatan yang dijalankan pada tahun 2012 bagi tahun rujukan 2011.

Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dibayar dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik. Beberapa penunjuk ICT yang diperoleh daripada sumber sekunder turut dibentangkan bagi memastikan penerbitan ini lebih komprehensif.

Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil penyiasatan dan maklumat data sekunder dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam penyiasatan ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.


Muat Turun Percuma:

1.Perangkaan Perkhidmatan - Perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi 2012
2.Jadual-jadual:
Jadual A1 - Perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi
 Jadual A2 - Aktiviti Penerbitan
 Jadual A3 - Aktiviti Wayang Gambar, Video dan Program Televisyen
 Jadual A4 - Aktiviti Pemprograman dan Penyiaran
 Jadual A5 - Perkhidmatan Telekomunikasi
 Jadual A6 - Perkhidmatan Komputer
 Jadual A7 - Aktiviti Perkhidmatan Maklumat
 Jadual B1 - Penunjuk Teknologi Maklumat & Komunikasi