PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI

ISSN 1675-7432

Penerbitan ini mempersembahkan perangkaan industri perlombongan petroleum dan gas asli berdasarkan data yang diperoleh daripada Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan yang dijalankan bagi tahun rujukan 2011. Laporan ini turut memuatkan data sekunder yang diperoleh daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Objektif utama laporan ini adalah untuk menerbitkan data berkenaan perangkaan utama industri petroleum dan gas asli iaitu output, input perantaraan, nilai ditambah, jumlah pekerja, gaji & upah yang dibayar dan nilai harta tetap yang dimiliki. Ringkasan penemuan banci ini dibentangkan di bahagian pertama laporan manakala bahagian kedua memberi fokus kepada aspek teknikal banci seperti skop dan liputan, metodologi, definisi dan konsep yang digunakan. Jadual-jadual perangkaan yang terperinci juga turut dipersembahkan bagi membantu pengguna membuat analisis.

 

 

Sila pilih tahun yang berkenaan untuk dipaparkan:-

Tahun
20112012