AKAUN NEGARA TAHUNAN, KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK)
 

Penerbitan ini membentangkan anggaran Akaun Pengeluaran dan Perbelanjaan Malaysia bagi tahun 2005 hingga tahun 2012. Laporan ini mengandungi data statistik anggaran tahunan bagi aktiviti ekonomi dan jenis perbelanjaan mengikut harga semasa dan harga malar berasaskan tahun 2005. Anggaran penyusunan ini telah mengguna pakai saranan daripada Sistem Akaun Negara 1993 dan 2008 (1993 & 2008 SNA), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Statistik bagi 2010 telah dimuktamadkan berdasarkan data terkini dari Banci Ekonomi dan sumber-sumber lain. Semakan telah dilakukan bagi tahun 2011 sementara data bagi tahun 2012 adalah data awalan.

Metodologi, konsep, takrifan, sumber data dan penunjuk ekonomi makro terpilih turut dibekalkan dalam penerbitan ini untuk memudahkan pemahaman terhadap anggaran akaun negara.

 

Muat Turun:

TahunJadual – Jadual Penerbitan KDNKPenerbitan KDNK Tahunan
2005 - 2012
2005 - 2011