PERANGKAAN PENTING MALAYSIA |
![]() ISSN 0127-466X | Perangkaan Penting Malaysia, 2011 menyediakan data perangkaan kelahiran dan kematian muktamad bagi tahun 2010 dan permulaan bagi tahun 2011 di peringkat Malaysia dan negeri. Indikator demografi seperti kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar kesuburan turut dimuatkan dalam laporan ini. Pengiraan indikator dalam laporan ini menggunakan anggaran penduduk berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang telah disesuaikan. Jadual terpilih mengikut kumpulan etnik, umur dan jantina juga disediakan. Perangkaan penting merupakan komponen utama yang digunakan dalam pembentukan dasar di peringkat negara dan antarabangsa. Maklumat berkaitan penduduk, kesuburan dan mortaliti adalah berguna bagi perancangan dasar dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pembangunan sumber manusia di Malaysia. Muat turun: |
[ Kembali] |

