AKAUN SATELIT PELANCONGAN
 

ISSN 2232-0237

Akaun Satelit Pelancongan (TSA) dibangunkan sebagai satu kaedah untuk mengukur dan memantau perkembangan industri pelancongan dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar. TSA merupakan satu rangka kerja yang komprehensif dalam menilai kesan industri pelancongan dan hubungannya dengan industri lain. Akaun ini menggabungkan data penawaran dan penggunaan barang & perkhidmatan berkaitan pelancongan selaras dengan konsep yang disarankan dalam Sistem Akaun Negara 2008, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tourism Satellite Account: Recommended Methodological Framework, 2008 yang diterbitkan oleh United Nations World Tourism Organization.

Penerbitan ini menyediakan maklumat mengenai statistik pelancongan di Malaysia bagi tempoh 2005 hingga 2011. Ia membentangkan data perbelanjaan bagi pelancongan inbound, domestik, outbound & internal, penawaran & penggunaan dan guna tenaga dalam industri pelancongan. Dua indikator baru iaitu Nilai Ditambah Kasar Pelancongan Langsung (TDGVA) dan Keluaran Dalam Negeri Kasar Pelancongan Langsung (TDGDP) turut disediakan. TDGVA adalah sebahagian daripada nilai ditambah kasar yang dijana oleh industri pelancongan dan industri lain yang digunakan oleh pelawat, manakala TDGDP adalah nilai TDGVA termasuk cukai bersih ke atas produk dan import. Jadual statistik yang terperinci turut dimuatkan untuk kegunaan analisis.

Muat turun:

i. Akaun Satelit Pelancongan, 2005-2011 (Penerbitan)

ii. Jadual Terperinci

 

Keluaran sebelumnya:

i. Akaun Satelit Pelancongan, 2000-2010 (Penerbitan)

ii. Jadual Terperinci