AKAUN NEGARA KELUARAN DALAM NEGERI KASAR  
 

Penerbitan ini membentangkan anggaran Akaun Pengeluaran dan Perbelanjaan Malaysia bagi suku kedua 2013 dan anggaran suku tahunan dari tahun 2010 hingga 2012. Anggaran disusun mengikut aktiviti pengeluaran dan jenis perbelanjaan berdasarkan saranan daripada Sistem Akaun Negara 1993 & 2008 (1993 & 2008 SNA), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Statistik telah diselaraskan berdasarkan data muktamad bagi tahun 2010. Sementara itu, data bagi tahun 2011 dan 2012 telah disemak semula selari dengan semakan data tahunan bagi tahun-tahun tersebut.

Inti sari ekonomi Malaysia untuk suku kedua 2013 disediakan pada bahagian pertama penerbitan ini. Nota ringkas berkenaan kaedah, konsep, definisi, sumber data dan indikator-indikator ekonomi makro terpilih disediakan dalam penerbitan ini bagi membantu pemahaman ke atas anggaran akaun negara.

 

Muat Turun:

 Jadual-Jadual Penerbitan KDNKPenerbitan KDNK
Suku Kedua 2013
Suku Pertama 2013
Suku Keempat 2012
Suku Ketiga 2012
Suku Kedua 2012
Suku Pertama 2012
Suku Keempat 2011