JADUAL INPUT OUTPUT, MALAYSIA 2005
 


mrs2011

jadual_input_output_J2


Jadual Input-Output (I-O) ialah akaun lengkap dan terperinci berkaitan transaksi pengeluaran dan penggunaan barang-barang dan perkhidmatan antara pengeluar dan pengguna serta saling bergantungan antara industri dalam pasaran. Jadual I-O merupakan hasil pengumpulan data yang sistematik, penilaian dan penyusunan sejumlah besar maklumat statistik berkenaan pengeluaran dan penggunaan yang meliputi seluruh bidang ekonomi. Dalam penyusunan jadual I-O, semua nilai diimbang antara penawaran dan permintaan oleh sektor industri bagi memastikan ketepatannya.

Jadual I-O bagi tahun 2005 diterbitkan dalam dua siri penerbitan iaitu Jadual Input-Output Malaysia 2005 dan Jadual Input-Output Malaysia 2005 (Jilid 2). Maklumat di dalam jadual I-O Malaysia boleh digunakan untuk analisis impak ekonomi seperti pengganda output, pangganda nilai ditambah, pengganda import serta rantaian ekonomi. Jabatan Perangkaan Malaysia telah menerbitkan sebanyak enam set jadual I-O Malaysia iaitu bagi tahun rujukan 1978, 1983, 1987, 1991, 2000 dan 2005. Jadual I-O terkini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ialah bagi tahun rujukan 2005 menggunakan konsep dan definisi berasaskan kepada System of National Accounts (SNA), 1993 dan Handbook of Input-Output Table Compilation and Analysis (1999) yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 
Muat Turun :
1. Penemuan Utama
2. Jadual A, B & C