PRESTASI KESELURUHAN
Pada tahun 2010, Stok Modal Kasar (SMK) yang mencerminkan pelaburan terkumpul Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 10.9 peratus pada harga semasa kepada RM2.5 trilion daripada RM2.2 trilion pada tahun sebelumnya. Selepas mengambil kira susut nilai, Stok Modal Bersih (SMB) tumbuh sebanyak 9.7 peratus kepada RM1.5 trilion berbanding RM1.4 trilion dicatatkan pada tahun sebelumnya. Stok Modal Produktif (SMP) yang menunjukkan aset produktif dalam ekonomi mengukuh sebanyak 10.4 peratus kepada RM2.0 trilion pada tahun 2010 berbanding RM1.8 trilion dicatatkan pada tahun 2009. Penggunaan Modal Tetap (PMT) yang menggambarkan jangkaan usang atau susut nilai bagi aset modal berada pada RM119.3 bilion pada tahun 2010, tumbuh 9.7 peratus daripada RM108.7 bilion dicatatkan pada tahun 2009. Peningkatan dalam nilai stok modal ini adalah hasil daripada peningkatan pelaburan pada tahun 2010.
Pada harga malar, SMK yang meningkat sebanyak 3.9 peratus telah mencatatkan nilai sebanyak RM1.7 trilion pada tahun 2010 daripada RM1.6 trilion pada tahun sebelumnya. Sementara itu SMB meningkat sebanyak 2.7 peratus, SMP tumbuh sebanyak 3.4 peratus dan PMT berkembang sebanyak 4.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
STOK MODAL KASAR
Dari segi jenis aset, Struktur yang menyumbang sebanyak 62.6 peratus pada tahun 2010, tumbuh sebanyak 2.4 peratus, sementara Jentera dan Kelengkapan dengan sumbangan sebanyak 23.2 peratus, meningkat sebanyak 7.1 peratus. Aset Lain mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus berbanding 5.2 peratus pada tahun 2009. Aset Lain dalam sektor Perlombongan dan Kuari yang merupakan penyumbang terbesar, meningkat 5.0 peratus pada tahun 2010.
STOK MODAL BERSIH
Selaras dengan peningkatan dalam SMK, SMB pada harga malar meningkat 2.7 peratus dengan mencatatkan nilai RM1.0 trilion pada tahun 2010 berbanding RM981.0 bilion pada tahun 2009. Ia dipacu oleh peningkatan dalam Perlombongan dan Kuari 9.3 peratus, Pembuatan (3.3 peratus) dan Perkhidmatan (1.6 peratus) seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.
Dari segi jenis aset, Jentera dan Kelengkapan menyumbangkan pertumbuhan tertinggi pada tahun 2010 sebanyak 7.0 peratus, diikuti oleh Kelengkapan Pengangkutan 10.9 peratus dan Struktur 0.7 peratus. Struktur seperti Tempat Kediaman, Bukan Tempat Kediaman dan Pembinaan Lain kekal sebagai aset terbesar dalam ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 65.2 peratus tahun 2010.
Jadual 6 menunjukkan pada tahun 2010, Perlombongan dan Kuari mencatatkan pertumbuhan tertinggi bagi Struktur sebanyak 35.7 peratus. Sementara itu, dalam sektor Pembuatan, Jentera dan Kelengkapan yang merupakan penyumbang terbesar sebanyak 61.3 peratus, tumbuh 5.2 peratus pada tahun 2010. Perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 13.6 peratus dalam Kelengkapan Pengangkutan.
STOK MODAL PRODUKTIF
Pada tahun 2010, SMP pada harga malar dengan nilai sebanyak RM1.4 trilion merekodkan pertumbuhan sebanyak 3.4 peratus. Ia disumbangkan sebahagian besarnya oleh peningkatan dalam Perlombongan dan Kuari (9.7 peratus), Pembuatan (3.8 peratus) dan Perkhidmatan (2.5 peratus).
Dari segi jenis aset, Kelengkapan Pengangkutan mencatatkan peningkatan sebanyak 9.9 peratus pada tahun 2010 (2009: 5.9 peratus), sementara Jentera dan Kelengkapan tumbuh sebanyak 7.1 peratus berbanding 5.6 peratus pada tahun sebelumnya. Aset Lain seperti Cari Gali Mineral, Tanaman Modal dan Ternakan berkembang sebanyak 4.8 peratus. Dari segi sumbangan, Aset Lain meningkat daripada 9.7 peratus pada tahun 2009 kepada 9.9 peratus pada tahun 2010.
Nota : Jadual-jadual lain boleh diperoleh dalam penerbitan Akaun Negara, Perangkaan Stok Modal 2000-2010
| Muat Turun | Jadual 1 : | Pengukuran Stok Modal pada Harga Semasa | ||
Jadual 2 : | Pengukuran Stok Modal pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 3 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 4 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 5 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 6 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aset pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 7 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 8 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 9 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 10 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aset pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 11 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 12 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 13 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 14 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aset pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 15 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 16 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar 2000 | |||
Jadual 17 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 18 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aset pada Harga Malar 2000 |


