| Pungutan Harga Pengguna 2011 Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan pungutan harga pengguna pada setiap bulan di seluruh negara. Ia meliputi sejumlah 135 pusat pungutan harga iaitu 98 pusat pungutan harga di Semenanjung Malaysia, 19 pusat pungutan harga di Sabah dan 18 di Sarawak. Pegawai luar akan memungut harga bagi 512 item dari outlet-outlet yang terpilih. Tujuan utama pungutan harga ini adalah untuk mengumpulkan data harga yang dibayar oleh pengguna untuk item-item yang telah ditetapkan dalam bakul barangan dan perkhidmatan Indeks Harga Pengguna. Data ini digunakan untuk mengira Indeks Harga Pengguna di mana indeks ini umumnya digunakan sebagai petunjuk kepada perubahan harga dan sebagai "proxy" kepada kadar inflasi negara. Pungutan Harga Pengeluar 2009 Sewa rumah adalah salah satu daripada perkhidmatan utama yang dibuat pungutan harga dan diambilkira dalam pengiraan Indeks Harga Pengguna. Penyiasatan Sewa Rumah dijalankan secara suku tahunan iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Terdapat dua jenis borang yang digunakan untuk memungut harga sewa rumah iaitu Borang 48A dan 48B di mana : Borang 48A – bagi tempat kediaman baru yang terpilih Borang 48B – bagi tempat kediaman sedia ada terpilih Sewa yang dipungut adalah sewa sebenar yang dibayar oleh penyewa kepada pemilik rumah pada bulan rujukan. Jenis tempat kediaman (TK) yang dipungut harga ialah dari lapan kategori iaitu Rumah berasingan setingkat; Rumah berasingan dua tingkat; Rumah berkembar setingkat; Rumah berkembar dua tingkat; Rumah teres setingkat; Rumah teres dua tingkat; Apartmen / kondominium dan Flat kos rendah / rumah kedai. Harga sewa ini dipungut dari satu panel tempat kediaman yang telah dipilih oleh JPN. Tangkapan data dilaksanakan di JPN dengan menggunakan Sistem Indeks Harga Pengguna (SIHP) yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Proses pengiraan indeks sewa pula dilaksanakan di Bahagian Butiran Perkara dengan menggunakan program yang dibangunkan oleh Bahagian. [Kembali] |
