Penduduk dan Demografi

 Penyiasatan Antara Banci

Penyiasatan Antara Banci (PAB) akan dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2015. PAB adalah satu penyiasatan sampel yang meliputi sample blok-blok penghitungan terpilih di mana setiap tempat kediaman, isi rumah dan penduduk akan dihitung. Laporan PAB akan digunakan sebagai input kepada perkiraan anggaran dan unjuran penduduk semasa.

[Kembali]

Banci Penduduk dan Perumahan

Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan setiap 10 tahun sekali. Banci terakhir yang dijalankan adalah pada tahun 2010. Banci dijalankan secara temuramah bersemuka. Data yang dikumpul termasuk bilangan serta pelbagai ciri demografi, sosial dan ekonomi penduduk dan isi rumah diperoleh dari Banci tersebut. Maklumat berkenaan stok perumahan, ciri-ciri struktur rumah serta kemudahan di tempat kediaman juga dikumpul. Data Banci diterbitkan dalam pelbagai laporan mengikut topik tertentu yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan tentang penduduk dan perumahan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan, penggubalan dasar dan polisi kerjaan serta untuk pelbagai pengguna lain. Banci akan datang dijangka dilaksanakan pada 2020.

Penerbitan
[Kembali]

Penyiasatan Penilaian Liputan Banci

Penyiasatan Penilaian Liputan Banci (PPLB) adalah satu penyiasatan sampel berdasarkan kepada sampel blok-blok penghitungan di mana setiap tempat kediaman, isi rumah dan penduduk akan dihitung semula selepas pelaksanaan Banci. Kutipan data ini adalah independent dari Banci. PPLB merangkumi seluruh Malaysia, kecuali penduduk yang tinggal di tempat kediaman beramai-ramai untuk mengelakkan masalah operasi. Tujuan PPLB dilaksanakan adalah untuk menganggarkan ralat liputan dan nilai ralat kandungan pada Banci. PPLB dijadikan panduan dalam memperbaiki perancangan dan pelaksanaan Banci dan penyiasatan pada masa akan datang.

[Kembali]