Penyiasatan Bersama Kedudukan Pelaburan Antarabangsa BNM-DOSM Usaha sama kutipan data secara online menggunakan laman web BNM ini akan meningkatkan lagi kecekapan penyusunan data dan juga mengurangkan beban melapor oleh syarikat yang hanya perlu menghantar satu laporan sahaja. Data yang dikutip akan dikongsi bersama DOSM dan BNM yang mana DOSM bertanggungjawab sepenuhnya menyusun dan menyebar laporan imbangan pembayaran (BOP) dan laporan IIP. [Kembali] Penyiasatan Perdagangan Perkhidmatan AntarabangsaPenyiasatan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa yang dijalankan secara suku tahunan telah dimula dilaksanakan pada suku pertama 2008 bagi komponen Pengangkutan. Penyiasatan ini meliputi enterpris yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan dan mempunyai urusniaga perdagangan antarabangsa. Bagi komponen komunikasi, telekomunikasi, komputer & informasi, dan pembinaan & kejuruteraan berkaitan, penyiasatan ini mula dilaksanakan pada suku pertama 2009. Metodologi pengumpulan data dibuat secara mel menggunakan borang soal selidik yang dihantar kepada responden setiap suku tahun. Responden diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dan mengembalikan soal selidik. Penyiasatan ini juga menggunakan kaedah pengumpulan data secara dalam talian berasaskan laman sesawang. [Kembali] |
