Penunjuk Perniagaan

 

Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan 2011

Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setiap suku tahunan semenjak 2004. Penyiasatan ini mengumpul maklumat tentang pandangan pihak pengurusan tertinggi daripada sejumlah 465 syarikat penting yang mewakili empat sektor utama di Malaysia iaitu perindustrian, pembinaan, perdagangan borong & runcit dan perkhidmatan. Ciri utama penyiasatan ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang arah perubahan bagi pemboleh ubah ekonomi penting. Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan memungut maklumat kualitatif daripada pengurus perniagaan tentang penilaian mereka terhadap prestasi perniagaan bagi suku tahun yang lalu dan jangkaan bagi tiga dan enam bulan akan datang. Maklumat ini berguna bagi memantau keadaan ekonomi semasa.