Pembuatan |
![]()
| Data yang terdapat dalam penerbitan ini meliputi industri-industri terpilih dalam sektor pembuatan. | ||||
Pesanan dan Pembelian | |||||
![]()
| Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang terdapat dalam penerbitan ini meliputi sektor-sektor Perlombongan, Pembuatan dan Elektrik seperti yang ditakrifkan dalam buku Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia 2000 (MSIC 2000). Objektif utama IPP adalah untuk mengukur kadar perubahan sebenar pengeluaran komoditi perindustrian bagi satu tempoh masa dan, dengan itu dapat membantu pengguna dalam merangka dasar serta membuat keputusan. | ||||
Pesanan dan Pembelian | |||||
| Banci Ekonomi sektor pembuatan meliputi semua pertubuhan yang terlibat dengan aktiviti di Malaysia bagi tahun rujukan 2005. Banci Ekonomi 2006 merupakan banci kelapan selepas banci pertama dilaksanakan bagi tahun rujukan 1959. Bagi tempoh antara banci, penyiasatan industri pembuatan telah dilaksanakan secara tahunan. Data daripada banci ini menyediakan penanda aras maklumat bagi pertubuhan serta profil pengeluarannya. Laporan ini merupakan ringkasan penemuan prestasi industri pembuatan di Malaysia bagi tahun rujukan 2005. Aspek teknikal berkaitan banci ini seperti objektif, liputan, definisi dan konsep yang digunakan dipersembahkan dalam laporan ini. Jadual terperinci juga dimasukkan dalam laporan ini untuk membolehkan pengguna membuat analisis. | ||||
Pesanan dan Pembelian | |||||
| Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan 2010 menyediakan ukuran utama kepada prestasi industri pembuatan Malaysia bagi tahun rujukan 2009. Laporan ini merupakan isu yang ke-50 selepas pungutan data kali pertama dijalankan bagi tahun rujukan 1959. Penerbitan ini bertujuan menyediakan perangkaan utama yang berkaitan dengan sektor pembuatan, selain mempersembahkan ringkasan penemuan dari penyiasatan.
| ||||
Pesanan dan Pembelian | |||||
| Laporan ini memuatkan perangkaan bagi sektor Pembuatan. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan pada tahun 2011 bagi tahun rujukan 2010. Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik. Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil bancian dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis. | ||||
| Laporan ini memuatkan perangkaan bagi sektor Bekalan elektrik, gas, wap dan pendinginan udara. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan pada tahun 2011 bagi tahun rujukan 2010. Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik. Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil bancian dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis. | ||||




