Keluaran Statistik TerkiniMuat Turun PercumaCetakan

PRESTASI SUKU TAHUNAN IMBANGAN PEMBAYARAN JANUARI – MAC 2012 (Kemas kini: 23/05/2012)

 

AKAUN SEMASA


Pada tempoh Januari - Mac 2012, akaun semasa merekodkan lebihan yang lebih rendah RM18.1 bilion daripada RM22.4 bilion pada S4 2011. Ini terutamanya disebabkan oleh:

  • Akaun pendapatan
    Peningkatan aliran keluar bersih RM8.6 bilion (S4 2011: -RM5.3 bilion); dan
  • Akaun barangan
    Lebihan yang lebih rendah RM35.8 bilion (S4 2011: RM36.8 bilion).


Tahun-ke-tahun, lebihan pada akaun semasa berkurang sebanyak RM6.3 bilion (-25.7 peratus) kepada RM18.1 bilion daripada RM24.3 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini disebabkan oleh aliran keluar bersih yang lebih tinggi pada kedua-dua akaun pendapatan dan perkhidmatan masing-masing sebanyak RM2.6 bilion dan RM1.6 bilion. Sementara itu, barangan mencatat lebihan yang lebih rendah sebanyak RM1.7 bilion.


Akaun Barangan

Pada suku berakhir Mac 2012, barangan mencatatkan lebihan yang lebih rendah RM35.8 bilion (-RM1.0 bilion atau -2.8 peratus) daripada RM36.8 bilion suku lepas. Ini disebabkan oleh penurunan dalam eksport f.o.b. yang lebih besar berbanding import f.o.b.

  • Eksport f.o.b. menyusut sebanyak RM7.2 bilion kepada RM174.0 bilion (S4 2011: RM181.2 bilion). Ini disebabkan oleh permintaan yang perlahan pada barangan elektrik & elektronik, minyak sawit & hasil keluaran minyak sawit, dan barangan getah. Tiga negara utama destinasi eksport ialah Republik Rakyat China, Singapura, dan Jepun.
  • Import f.o.b. menurun sebanyak RM6.2 bilion kepada RM138.2 bilion (S4 2011: RM144.4 bilion). Ini disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah terhadap import penggunaan-akhir bagi tiga kategori utama iaitu barang perantaraan, barang modal, dan barang penggunaan. Tiga sumber utama import ialah Republik Rakyat China, Singapura, dan Jepun.

Tahun-ke-tahun, akaun barangan merekodkan lebihan yang lebih rendah sebanyak RM1.7 bilion daripada RM37.6 bilion setahun lalu. Ini disebabkan peningkatan import f.o.b. yang lebih besar berbanding eksport f.o.b. Import f.o.b. meningkat kepada RM138.2 bilion (S1 2011: RM129.0 bilion) dan eksport f.o.b. merekodkan RM174.0 bilion (S1 2011: RM166.5 bilion).


Akaun Perkhidmatan

Pada S1 2012, eksport perkhidmatan mencatatkan RM27.9 bilion daripada RM29.0 bilion pada S4 2011, terdiri daripada komponen berikut:

  • pengangkutan RM3.3 bilion (S4 2011: RM3.6 bilion);
  • perjalanan RM14.7 bilion (S4 2011: RM16.2 bilion);
  • perkhidmatan lain RM9.9 bilion (S4 2011: RM9.1 bilion); dan
  • transaksi kerajaan t.t.t.l. RM49.0 juta (S4 2011: RM82.0 juta).

Sementara itu, import perkhidmatan menurun sebanyak RM1.1 bilion kepada RM31.7 bilion daripada RM32.8 bilion suku lepas, di mana:
  • pengangkutan RM10.2 bilion (S4 2011: RM10.4 bilion);
  • perjalanan RM8.9 bilion (S4 2011: RM9.4 bilion);
  • perkhidmatan lain RM12.4 bilion (S4 2011: RM12.7 bilion); dan
  • transaksi kerajaan t.t.t.l. RM0.1 bilion (S4 2011: RM0.2 bilion).

Pada asas bersih, akaun perkhidmatan kekal tidak berubah untuk merekod bayaran RM3.8 bilion. Komponen di bawah akaun perkhidmatan iaitu; pengangkutan merekodkan -RM6.9 bilion (S4 2011: -RM6.8 bilion), perjalanan RM5.8 bilion (S4 2011: RM6.8 bilion), dan perkhidmatan lain -RM2.5 bilion (S4 2011: -RM3.5 bilion).


Tahun-ke-tahun, eksport perkhidmatan merekodkan terimaan yang lebih tinggi RM27.9 bilion, meningkat 11.3 peratus, daripada RM25.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu. Sebaliknya, import merekodkan bayaran yang lebih tinggi iaitu RM31.7 bilion daripada RM27.3 bilion, meningkat 16.4 peratus. Imbangan akaun perkhidmatan, merekod bayaran bersih RM3.8 bilion daripada RM2.2 bilion pada S1 2011.


Akaun Pendapatan

Pada suku semasa, terimaan pendapatan (kredit) mencatatkan RM9.6 bilion daripada RM15.1 bilion pada S4 2011, yang mana:

  • pampasan pekerja RM1.0 bilion (S4 2011: RM0.9 bilion); dan
  • pendapatan pelaburan RM8.6 bilion (S4 2011: RM14.1 bilion).

Pendapatan pelaburan diperoleh daripada:
  • pelaburan langsung di luar negeri (DIA) RM3.2 bilion (S4 2011: RM8.7 bilion), terutamanya dijana daripada sektor minyak & gas, kewangan & insurans, dan maklumat & komunikasi;
  • pelaburan portfolio RM0.3 bilion (S4 2011: RM0.6 bilion); dan
  • pelaburan lain RM5.2 bilion (S4 2011: RM4.8 bilion).

Sebaliknya, bayaran pendapatan (debit) mencatatkan RM18.2 bilion daripada RM20.4 bilion pada S4 2011, yang mana:
  • pampasan pekerja RM1.8 bilion (S4 2011: RM1.7 bilion); dan
  • pelaburan pendapatan RM16.5 bilion (S4 2011: RM18.7 bilion).

Pendapatan pelaburan diperoleh daripada:
  • pelaburan langsung asing (FDI) RM13.4 bilion (S4 2011: RM15.6 bilion), terutamanya dijana daripada sektor pembuatan, minyak & gas, dan kewangan & insurans;
  • pelaburan portfolio RM2.7 bilion (S4 2011: RM2.7 bilion); dan
  • pelaburan lain RM0.4 bilion (S4 2011: RM0.3 bilion).


Pada asas bersih, aliran keluar akaun pendapatan melebar sebanyak RM3.3 bilion kepada RM8.6 bilion daripada RM5.3 bilion direkodkan pada suku sebelumnya, terutama disebabkan oleh aliran keluar bersih pendapatan pelaburan yang lebih tinggi RM7.8 bilion daripada RM4.5 bilion.


Tahun-ke-tahun, terimaan pendapatan (kredit) merekodkan RM9.6 bilion daripada RM12.2 bilion, berkurang sebanyak RM2.6 bilion (-21.3 peratus), disebabkan oleh pendapatan pelaburan yang lebih rendah iaitu RM8.6 bilion (S1 2011: RM11.3 bilion). Ini disebabkan oleh terimaan DIA yang lebih rendah bernilai RM3.2 bilion (S1 2011: RM7.3 bilion). Sementara itu, bayaran pendapatan kekal sama berjumlah RM18.2 bilion seperti pada suku pertama tahun lalu. Pada asas bersih, akaun pendapatan merekodkan bayaran yang lebih tinggi RM8.6 bilion daripada RM6.0 bilion.


Pindahan Semasa

Pada tiga bulan pertama 2012, pindahan semasa terus merekodkan bayaran bersih RM5.3 bilion. Jumlah kedua-dua terimaan dan bayaran menunjukkan peningkatan masing-masing berjumlah RM1.5 bilion (S4 2011: RM1.4 bilion) dan RM6.8 bilion (S4 2011: RM6.7 bilion).


Tahun-ke-tahun, bayaran bersih pindahan semasa melebar sebanyak RM0.3 bilion atau 6.0 peratus kepada RM5.3 bilion berbanding RM5.0 bilion dalam suku yang sama tahun lalu.

 
AKAUN MODAL


Pada S1 2012, akaun modal mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi RM166.0 juta daripada RM55.0 juta pada S4 2011. Ini terutamanya disebabkan oleh bayaran bersih yang lebih tinggi pada pindahan modal kepada RM93.0 juta daripada RM17.0 juta.


Tahun-ke-tahun, akaun modal menunjukkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM118.0 juta (S1 2011: -RM48.0 juta). Ini terutamanya disebabkan oleh bayaran bersih yang lebih tinggi pada pindahan modal kepada RM93.0 juta daripada RM18.0 juta.


AKAUN KEWANGAN


Semasa Januari - Mac 2012, akaun kewangan merekodkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi RM10.3 bilion daripada RM0.2 bilion yang dicatatkan pada suku lepas. Aliran keluar bersih yang lebih tinggi ini terutamanya disumbangkan oleh:

  • pelaburan lain: beralih arah kepada aliran keluar bersih RM26.1 bilion daripada aliran masuk bersih RM11.0 bilion; dan
  • pelaburan langsung: aliran keluar bersih yang lebih tinggi RM9.4 bilion daripada RM8.2 bilion.

Tahun-ke-tahun aliran keluar bersih akaun kewangan melebar sebanyak RM3.7 bilion daripada RM6.6 bilion setahun lalu. Ini disebabkan terutamanya oleh aliran keluar pelaburan lain yang meningkat kepada RM26.1 bilion (S1 2011: -RM15.3 bilion) dan perubahan haluan pada pelaburan langsung kepada aliran keluar bersih RM9.4 bilion daripada aliran masuk bersih RM0.1 bilion.


Pelaburan Langsung

Pelaburan langsung mencatatkan aliran keluar bersih RM9.4 bilion daripada RM8.2 bilion suku lepas, yang mana:

  • DIA: aliran keluar bersih yang lebih tinggi RM16.9 bilion (S4 2011: -RM14.7 bilion). Sektor utama yang menyumbang kepada DIA ialah perdagangan borong & runcit, kewangan & insurans, dan perkhidmatan kesihatan. Tiga negara utama pelaburan immediate adalah Jersey, Turki, dan Hong Kong.
  • FDI: aliran masuk bersih yang lebih tinggi RM7.5 bilion (S4 2011: RM6.5 bilion). Aliran masuk FDI terutamanya disalurkan ke dalam sektor minyak & gas, kewangan & insurans, dan pembuatan. Tiga sumber utama FDI adalah Filipina, Jepun, dan Kepulauan Cayman.

Tahun-ke-tahun, pelaburan langsung berubah arah kepada aliran keluar bersih RM9.4 bilion daripada aliran masuk bersih RM0.1 bilion pada S1 2011. Ini disumbangkan oleh:
  • DIA: aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM5.8 billon kepada RM16.9 bilion (S1 2011: RM11.1 bilion); dan
  • FDI: aliran masuk bersih yang lebih rendah sebanyak RM3.8 bilion kepada RM7.5 bilion (S1 2011: RM11.3 bilion).

Pelaburan Portfolio

Pelaburan portfolio bertukar arah kepada aliran masuk bersih RM25.3 bilion daripada aliran keluar bersih RM2.7 bilion sebelumnya. Sementara tahun-ke-tahun, pelaburan portfolio mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM16.9 bilion kepada RM25.3 bilion.


Pelaburan Lain

Pada suku semasa, pelaburan lain bertukar haluan kepada aliran keluar bersih RM26.1 bilion daripada aliran masuk bersih RM11.0 bilion. Ini disebabkan oleh perubahan arah dalam sektor swasta kepada -RM25.6 bilion daripada aliran masuk bersih RM11.1 bilion. 

Sementara tahun-ke-tahun, aliran keluar bersih pada pelaburan lain melebar sebanyak RM10.8 bilion kepada RM26.1 bilion (S1 2011: -RM15.3 bilion).


Aset Rizab

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berkurang sebanyak RM7.2 bilion pada S1 2012 berbanding peningkatan sebanyak RM6.2 bilion pada S4 2011, mencatat RM416.1 bilion pada akhir Mac 2012.

 

Muat Turun:
Jadual 1: Malaysia - Imbangan Pembayaran Suku Tahunan (Bersih), 2009 - 2012
Jadual 2: Malaysia - Komponen Akaun Semasa, 2009 - 2012
Jadual 3: Malaysia - Komponen Akaun Modal & Kewangan Dan Aset Rizab, 2009 - 2012