Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Maklumat Korporat

Latar Belakang
Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.

Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965. Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.

Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.

 
Peranan
Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
 
Fungsi Jabatan
Di bawah "Statistics Act 1965 (Revised - 1989)", fungsi utama Jabatan Perangkaan Malaysia ialah :
  • mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain
  • menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka
Visi
Menjadi Sebuah Organisasi Statistik Yang Terbilang Di Dunia Menjelang 2020.

Misi

Penjana Statistik Negara yang berintegriti dan reliable untuk perancangan dan pembangunan nasional melalui :

  • Penggunaan metodologi dan amalan terbaik;
  • Penyelidikan dan analisis statistik yang berterusan;
  • Penggunaan teknologi yang terbaik; dan
  • Modal insan yang kompeten dan berinovasi
 
Objektif
  • Mengukuh dan meningkatkan perkhidmatan statistik serta sistem penyampaian;
  • Memenuhi keperluan pengguna dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar;
  • Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan analisis data;
  • Menggunakan metodologi statistik dan teknologi yang terbaik secara maksimum;
  • Memupuk budaya inovasi dalam penghasilan dan penyampaian produk dan perkhidmatan perangkaan;
  • Mempunyai sumber manusia yang kompeten dengan tahap profesionalisme yang tinggi; dan
  • Memperluaskan penggunaan statistik di kalangan pengguna.
 
Nilai Teras

Dalam merealisasikan visi, misi dan objektif JP, semua anggota JP perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai teras seperti berikut:

(i)  Kepuasan Pelanggan

 
Memberikan layanan yang mesra dan profesional kepada pengguna perangkaan. Sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan pelanggan dalam persekitaran yang dinamik.

(ii) Profesionalisme

 
Mengamalkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai komitmen yang tinggi, bertanggungjawab dan gigih, memiliki ciri-ciri bijaksana, kreatif, inovatif, berdaya saing dan proaktif serta bertindak berdasarkan amalan statistik terbaik.

(iii) Kompeten

 
Mengutamakan kompetensi dengan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapaikualiti kerja terbaik, mempelajari pelbagai kemahiran bagi membuat pelbagai tugas, peka terhadap perubahan semasa, berdisiplin, kerohanian dan berdedikasi terhadap kerja serta pembelajaran berterusan.

(iv) Integriti dan Akauntabiliti

 
Melaksanakan tugas dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur mengikut peraturan dan prosedur kerja tanpa kepentingan peribadi, memastikan kerahsiaan maklumat individu responden dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dilaksanakan.


(v) Semangat Berpasukan

 
Bertindak ke arah merealisasikan visi, misi dan objektif Jabatan dengan penglibatan semua anggota sebagai satu pasukan.

(vi) Berhemah dan Berwibawa

 
Mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti adil dan saksama, bertimbang rasa, mesra, sabar, tegas dan konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi, bersedia mendengar pandangan dan teguran, dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa.
 
Piagam Pelanggan
 
Dasar Kualiti

Jabatan Perangkaan Malaysia komited untuk membekalkan maklumat dan perkhidmatan statistik yang berorientasikan pengguna, bertepatan masa dan berkualiti. Ia dicapai melalui penggunaan teknik statistik dan teknologi yang terkini dan sesuai serta melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran anggota Jabatan di pelbagai peringkat secara berterusan.

 
Penerangan Logo Jabatan Perangkaan Malaysia

Secara keseluruhan, logo ini membawa maksud hala tuju Jabatan untuk menjadi sebuah organisasi statistik yang terbilang di dunia.

  • Bulatan - menggambarkan kesepakatan anggota Jabatan dalam mencapai visi dan misi.
  • Garisan grid putih - menunjukkan jaringan hubungan kerjasama yang global.
  • Anak panah – menunjukkan perkembangan pesat Jabatan sejak penubuhannya. Ia turut menggambarkan peranan Jabatan serta kualiti data yang semakin meningkat seiring dengan kehendak pengguna.
  • Warna merah - menggambarkan ketegasan Jabatan dalam menjaga kerahsiaan maklumat responden.
  • Warna jingga (oren) - Energetic, bersemangat dalam menjalankan tugas. Berani menyahut cabaran untuk setanding dengan Agensi Perangkaan lain di dunia.
You are here