AKAUN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN KOMODITI PERTANIAN TERPILIH, MALAYSIA |
|
| Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih, Malaysia, 2012 meliputi 28 komoditi pertanian terpilih bagi tempoh 2007 hingga 2011. Semua 23 komoditi dalam penerbitan yang lalu dikekalkan dengan tambahan lima item daripada perikanan. Penyusunan Akaun Pembekalan dan Penggunaan (SUA) ini adalah berdasarkan konsep dan metodologi seperti yang digariskan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO). Data untuk penerbitan ini diperoleh daripada sumber dalaman Jabatan dan agensi pertanian berkaitan. Ia disusun dalam jadual SUA bagi mendapatkan gambaran komprehensif tentang komoditi berkaitan. Berdasarkan jadual tersebut pengiraan bagi beberapa indikator pertanian seperti kadar sara diri, penggunaan per kapita dan kadar kebergantungan import turut dikeluarkan. |
Sila pilih tahun yang berkenaan untuk dipaparkan:-
Tahun | ||
[ Kembali] |


