BANCI PERDAGANGAN EDARAN |
|
| Laporan ini memuatkan perangkaan bagi sektor perdagangan edaran. Sektor perdagangan edaran merangkumi subsektor perdagangan borong, perdagangan runcit dan kenderaan bermotor. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan maklumat Banci Perdagangan Edaran yang dijalankan pada tahun 2009 bagi tahun rujukan 2008. Laporan awalan telah diterbitkan pada bulan Mei 2010 yang mengandungi angkubah asas seperti pendapatan, perbelanjaan, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta diperingkat kumpulan, manakala laporan ini menyediakan data yang lebih terperinci di peringkat industri. Laporan ini akan memberi fokus terhadap data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta. Sebagai tambahan, data mengenai prestasi Pertubuhan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam perdagangan edaran yang diperoleh daripada banci ini juga turut dimasukkan. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik. Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil banci dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis. |
Sila pilih tahun yang berkenaan untuk dipaparkan:-
Tahun |
[ Kembali] |




