Perangkaan Stok Modal, Malaysia 1955 – 2009
LATAR BELAKANG
1. Perangkaan Stok Modal Malaysia bagi tempoh 1955 sehingga 2009 telah disusun dengan kerjasama antara Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, dengan bantuan teknikal pakar runding dari Australian Bureau of Statistics. Penyusunan dibuat berpandukan Manual OECD, Measuring Capital dan rangka kerja Sistem Akaun Negara (SNA) seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2. Perangkaan ini julung kali disusun dan pengemaskinian berterusan secara tahunan akan dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini menunjukkan kekayaan dan aset negara yang produktif dalam bentuk aset tetap. Stok modal merujuk kepada pelaburan terkumpul (dalam bentuk aset tetap) yang masih beroperasi dalam sesebuah negara. Tiga komponen utama stok modal adalah Stok Modal Kasar (SMK), Stok Modal Bersih (SMB) dan Stok Modal Produktif (SMP).
3. Perangkaan ini disusun pada harga semasa dan harga malar (2000=100). Penemuan utama yang dipersembahkan adalah merujuk kepada Stok Modal Bersih pada harga semasa sahaja.
PENEMUAN UTAMA PERANGKAAN STOK MODAL MALAYSIA, 1955-2009
1. Pada tahun 2009, stok modal Malaysia yang mencerminkan kekayaan negara adalah bernilai RM1.4 trilion berbanding RM0.4 bilion pada tahun 1955, peningkatan melebihi 3,000 kali ganda dalam 55 tahun. Sebahagian besar daripada stok adalah dalam sektor Perkhidmatan, terutamanya Perkhidmatan Kerajaan; Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan; dan Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi. Nilai bagi sektor Perkhidmatan meningkat kepada RM878.6 bilion pada tahun 2009 berbanding RM278.0 juta pada tahun 1955. Sementara itu, sektor Perlombongan dan Kuari berkembang kepada RM242.3 bilion pada tahun 2009 dari RM16.0 juta pada tahun 1955.
2. Sektor Pembuatan kekal penting dengan nilai stok modal RM218.5 bilion pada tahun 2009 berbanding dengan hanya RM1.0 juta pada tahun 1955. Sebagai perbandingan, stok modal dalam sektor Pertanian mencatatkan nilai RM28.6 bilion dalam 2009 berbanding RM124.0 juta pada tahun 1955, manakala sektor Pembinaan meningkat kepada RM11.7 bilion pada tahun 2009 berbanding RM25.0 juta pada tahun 1955.
3. Stok modal mengikut jenis aset menunjukkan Struktur, yang merangkumi bangunan kediaman, bangunan bukan kediaman dan pembinaan lain, merupakan jenis aset terbesar dalam ekonomi Malaysia iaitu 65.9 peratus daripada jumlah nilai aset pada tahun 2009. Nilai tersebut telah meningkat kepada RM909.5 bilion pada tahun 2009 berbanding dengan RM316.0 juta pada tahun 1955. Jenis aset kedua terbesar adalah Aset Lain (tanaman modal, ternakan dan mencari gali mineral) yang berjumlah RM230.8 bilion pada tahun 2009 berbanding dengan RM17.0 juta pada tahun 1955.
Nota : Jadual-jadual lain boleh diperoleh dalam penerbitan Akaun Negara, Perangkaan Stok Modal 1955-2009
| Muat Turun | Jadual 1 : | Pengukuran Stok Modal pada Harga Semasa | ||
Jadual 2 : | Pengukuran Stok Modal pada Harga Malar (2000=100) | |||
Jadual 3 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 4 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar (2000=100) | |||
Jadual 5 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 6 : | Stok Modal Kasar mengikut Jenis Aset pada Harga Malar (2000=100) | |||
Jadual 7 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 8 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Malar (2000=100) | |||
Jadual 9 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 10 : | Stok Modal Bersih mengikut Jenis Aset pada Harga Malar (2000=100) | |||
Jadual 11 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 12 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar (2000=100) | |||
Jadual 13 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 14 : | Stok Modal Produktif mengikut Jenis Aset pada Harga Malar (2000=100) | |||
Jadual 15 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Semasa | |||
Jadual 16 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar (2000=100) | |||
Jadual 17 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aset pada Harga Semasa | |||
Jadual 18 : | Penggunaan Modal Tetap mengikut Jenis Aset pada Harga Malar (2000=100) | |||
| Konsep Asas, Definisi dan Metodologi | ||||





