Kompedium ini menerangkan alam sekitar mengikut klasifikasi media seperti berikut: Udara/Atmosfera, Alam Sekitar Air/Akuatik (darat dan marin), Tanah/Alam Sekitar Terestrial dan Alam Sekitar Bandar/Penempatan Penduduk. Susunan kompendium ini adalah seperti berikut: setiap bab mengandungi latar belakang alam sekitar diikuti keadaan semasa seterusnya menggambarkan bagaimana aktiviti manusia memberi tekanan ke atas alam sekitar. Akhirnya tindak balas yang sesuai diambil untuk mengurangkan tekanan atau impak.
Perangkaan dalam KPAS ini telah diperoleh menerusi sumber data sekunder, rekod pentadbiran dan perangkaan yang diterbitkan. Beberapa data sosio-ekonomi yang telah dikumpul dan disimpan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan perangkaan alam sekitar. Selain itu, data juga dibekalkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain, terutamanya ahli-ahli Jawatankuasa Antara Agensi Mengenai Perangkaan Alam Sekitar (JAAMPAS).
Penerbitan boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah ruangan: Produk & Perkhidmatan > Penerbitan > Muat Turun Percuma > Alam Sekitar



