Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Perkhidmatan

 

Penyiasatan Perdagangan Edaran Bulanan 2012

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Penyiasatan Perdagangan Edaran Bulanan bagi tahun 2012 mulai bulan rujukan Januari 2012. Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Borang soal selidik dihantar kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkapkan dan mengembalikan satu salinan soal selidik bagi setiap bulan rujukan adalah pada/sebelum 10hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2012, tarikh akhir penghantarannya ialah pada 10hb Februari 2012).

Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat terkini berkenaan struktur dan prestasi sektor Perdagangan Edaran bagi keperluan kerajaan dalam penganalisaan ekonomi semasa, perumusan dan pelaksanaan dasar serta pemantauan prestasi Sektor Perdagangan Edaran. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam empat penerbitan suku tahunan yang bertajuk "Penyiasatan Perdagangan Edaran Suku Tahunan".

Penerbitan
[Kembali

Penyiasatan Perkhidmatan Suku Tahunan 2012

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Penyiasatan Perkhidmatan Suku Tahunan 2012. Sebanyak sembilan (9) subsektor perkhidmatan akan diliputi dalam penyiasatan ini seperti yang disenaraikan di bawah:

1) Penginapan
2) Pengangkutan dan Penyimpanan
3) Maklumat dan Komunikasi
4) Makanan & Minuman
5) Pendidikan
6) Kesihatan
7) Profesional
8) Agen Hartanah
9) Aktiviti Kesenian, Hiburan dan Rekreasi

Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Borang soal selidik dihantar kepada responden pada awal setiap suku tahun. Tempoh melengkap dan mengembalikan satu salinan bagi setiap suku tahun adalah pada/sebelum 10 haribulan bulan berikutnya (contoh: bagi rujukan suku tahun pertama 2012, tarikh akhir penghantaran ialah pada 10 April 2012).

Tujuan utama penyiasatan ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan pendapatan, perbelanjaan, sumber manusia dan perbelanjaan modal sesebuah pertubuhan dalam mengukur pergerakan ekonomi secara suku tahunan selain bagi perancangan pembangunan dan pengubalan dasar ekonomi Negara.

Penerbitan
[Kembali]

Banci / Penyiasatan Pertubuhan Perkhidmatan 2009 (Tahun Rujukan 2008)

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan banci/penyiasatan secara tahunan/dua tahun sekali bagi sektor perkhidmatan terpilih di seluruh negara. Bagi tahun rujukan 2008, ia meliputi empat (4) sub-sektor perkhidmatan seperti dibawah:

  1. Penginapan
  2. Perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi
  3. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  4. Perkhidmatan pakar runding perniagaan dan pengurusan

Objektif utama penyiasatan adalah untuk mengumpulkan maklumat tentang pertumbuhan, komposisi dan taburan output, nilai ditambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor ini bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan akaun negara, jadual input output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh ahli ekonomi, ahli akademik dan pihak swasta serta individu bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi.

Penerbitan
[Kembali]

Penyiasatan Pelancongan Domestik (DTS) 2009

DTS bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan profil dan perbelanjaan pelancongan domestik di Malaysia. Penyiasatan ini dijalankan secara temu ramah yang melibatkan isi rumah di dalam sesuatu Tempat Kediaman (TK) dalam Blok Penghitungan (BP) terpilih. Sejumlah 4,902 BP telah dipilih yang meliputi 39,214 TK seluruh Malaysia dan diagih mengikut negeri. Dianggarkan 3,268 TK akan dilawati setiap bulan dalam penyiasatan ini.

Penerbitan
[Kembali]

Banci Homestay

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Homestay dengan objektif untuk mengumpul maklumat berkaitan aktiviti homestay bagi membantu kerajaan dalam merancang dan merangka polisi sektor pelancongan di Malaysia. Homestay merupakan program inap desa di mana pelancong tinggal bersama keluarga tempatan dan merasai pengalaman sebenar cara hidup keluarga dan masyarakat setempat, bagaimana mereka menyedia dan menikmati hidangan, menjalankan pekerjaan harian, aktiviti masa lapang dan banyak lagi.

Penerbitan
[Kembali]

Penyiasatan Pertubuhan Pelancongan 2009 (Tahun Rujukan 2008)

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan penyiasatan bagi 3 aktiviti ekonomi dalam industri pelancongan yang bertujuan untuk melihat sumbangan aktiviti berkenaan kepada ekonomi. Penyiasatan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan data untuk pembangunan Akaun Satelit Pelancongan (TSA). Adalah dianggarkan lebih 1,275 pertubuhan diliputi dalam penyiasatan ini. 3 aktiviti berkenaan adalah:
    i) Pusat Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE)
    ii) Penjagaan Diri & Salus Per Aqua (SPA)
    iii) Perkhidmatan Sewa Pandu Kenderaan

Penerbitan
[Kembali]

 
You are here