Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Perlombongan dan Pengkuarian

 

Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan 2010 bagi tahun rujukan 2009. Banci ini meliputi Seksyen B (Perlombongan dan Pengkuarian) berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh dua (2) bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor perlombongan minyak mentah dan gas asli bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk Perangkaan Petroleum dan Gas Asli.

[Kembali]

Banci Ekonomi 2006 (Perlombongan dan Pengkuarian)

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Ekonomi (Perlombongan dan Pengkuarian Batu) bagi tahun rujukan 2005 yang telah dijalankan pada 2006. Banci Industri Perlombongan Tahunan telah dilaksanakan semenjak tahun 1963, manakala Banci Industri Pengkuarian Batu bermula pada 1972. Bermula tahun 2000, Banci Ekonomi (Perlombongan dan Pengkuarian Batu) dijalankan sekali dalam 5 tahun. Banci ini meliputi 25 industri yang terdapat dalam sektor perlombongan dan pengkuarian (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2000). Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama Banci adalah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor perlombongan dan pengkuarian batu bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk Banci Ekonomi 2006 (Perlombongan dan Pengkuarian) yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penerbitan
[Kembali]

 
You are here