Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Sektor Luaran

 

Penyiasatan Bersama Kedudukan Pelaburan Antarabangsa BNM-DOSM

Mulai suku tahun pertama, 2008, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menjalankan kutipan data secara usaha sama berkaitan kedudukan pelaburan antarabangsa (IIP) yang dikenali sebagai BNM-DOSM Joint Survey on International Investment Position (IIP). Laporan IIP ini menggantikan dua (2) laporan yang pernah dikeluarkan berikut:

• Penyiasatan Pelaburan dan Perkhidmatan Antarabangsa Suku Tahunan (PPPA) oleh DOSM; dan
• Laporan Suku Tahunan Aset dan Liabiliti Luar Negeri (EAL) oleh BNM.

Usaha sama kutipan data secara online menggunakan laman web BNM ini akan meningkatkan lagi kecekapan penyusunan data dan juga mengurangkan beban melapor oleh syarikat yang hanya perlu menghantar satu laporan sahaja. Data yang dikutip akan dikongsi bersama DOSM dan BNM yang mana DOSM bertanggungjawab sepenuhnya menyusun dan menyebar laporan imbangan pembayaran (BOP) dan laporan IIP.

[Kembali]

Penyiasatan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa

Penyiasatan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa yang dijalankan secara suku tahunan telah dimula dilaksanakan pada suku pertama 2008 bagi komponen Pengangkutan. Penyiasatan ini meliputi enterpris yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan dan mempunyai urusniaga perdagangan antarabangsa.

Bagi komponen komunikasi, telekomunikasi, komputer & informasi, dan pembinaan & kejuruteraan berkaitan, penyiasatan ini mula dilaksanakan pada suku pertama 2009.

Metodologi pengumpulan data dibuat secara mel menggunakan borang soal selidik yang dihantar kepada responden setiap suku tahun. Responden diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dan mengembalikan soal selidik. Penyiasatan ini juga menggunakan kaedah pengumpulan data secara dalam talian berasaskan laman sesawang.

[Kembali]

 
You are here