Penyiasatan Pembinaan Suku Tahunan [Kembali] Penyiasatan Industri Pembinaan 2013Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Penyiasatan Industri Pembinaan 2013 bagi tahun rujukan 2012. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan terlibat dalam sektor pembinaan dan menjalankan aktiviti pembinaan sebagai kegiatan utama. Pemilihan sampel dibuat menggunakan kaedah pensampelan berkebarangkalian. Sebanyak 72 perkara diliputi berdasarkan kategori yang dikelaskan di bawah Seksyen F – Pembinaan, Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008. Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama Penyiasatan ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai tambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor pembinaan untuk membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut boleh juga digunakan oleh pihak swasta serta individu bagi tujuan membuat analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk "Laporan Penyiasatan Industri Pembinaan 2013" yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Industri Pembinaan Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Banci Industri Pembinaan untuk setiap lima tahun. Penyiasatan ini meliputi 72 industri yang terdapat dalam Sektor Pembinaan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang menjalankan aktiviti pembinaan sebagai kegiatan utama. Para responden diberi tempoh 30 hari untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama banci ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai ditambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor ini. Data yang diperoleh digunakan untuk membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut juga digunakan oleh pihak swasta serta individu bagi tujuan membuat analisis ekonomi.
|



