Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Pertanian

 

Banci Estet Getah Bulanan 2011


Banci Estet Getah Bulanan dijalankan setiap bulan melalui mel. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkap serta mengembalikan soal selidik adalah dua minggu selepas bulan rujukan iaitu pada/sebelum 15hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2011, tarikh akhir penghantaran ke Jabatan ialah sebelum 15 Februari 2011). Antara data yang dikumpul ialah keluasan ditanam, keluasan ditoreh, pengeluaran dan stok getah asli. Data ini diterbitkan dalam penerbitan bulanan bertajuk Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan Kerajaan.

Banci Pemproses Getah Bulanan 2011


Banci Pemproses Getah Bulanan dijalankan setiap bulan melalui mel. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkap serta mengembalikan soal selidik adalah dua minggu selepas bulan rujukan iaitu pada/sebelum 15hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2011, tarikh akhir penghantaran ke Jabatan ialah pada 15 Februari 2011). Antara data yang dikumpul ialah stok, pembelian dan penerimaan getah asli oleh pemproses getah. Data ini diterbitkan dalam penerbitan bulanan bertajuk Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan Kerajaan.

Banci Pengguna Getah Bulanan 2011

Banci Pengguna Getah Bulanan dijalankan setiap bulan melalui mel. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkap serta mengembalikan soal selidik adalah dua minggu selepas bulan rujukan iaitu pada/sebelum 15hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2011, tarikh akhir penghantaran ke Jabatan ialah pada 15 Februari 2011). Antara data yang dikumpul ialah stok, pembelian dan penggunaan getah asli. Data ini diterbitkan dalam penerbitan bulanan bertajuk Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan Kerajaan.
Banci Estet Getah Tahunan

Banci Estet Getah Tahunan dijalankan dua tahun sekali. Banci ini meliputi semua estet getah di Malaysia. Banci dilaksanakan secara mel dengan menggunakan borang soal selidik. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan borang soal selidik tersebut. Antara data yang dikumpul ialah keluasan bertanam, pengeluaran, hasil, guna tenaga, gaji & upah serta perangkaan terperinci bagi estet getah. Data ini diterbitkan dalam penerbitan Estet Getah Tahunan yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan, penggubalan dasar termasuk pemantauan pembangunan industri yang berasaskan getah.

 

Banci Pertubuhan Pertanian Tahunan


Tanaman
Banci Pertubuhan Pertanian Tahunan 2009 - Tanaman dijalankan bagi tahun rujukan 2008. Banci ini dijalankan 2 tahun sekali. Jumlah rangka bagi pertubuhan terlibat dalam sektor tanaman adalah 9175. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh selama sebulan bagi melengkap serta mengembalikan soal selidik kepada Jabatan. Banci ini meliputi pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor tanaman. Antara maklumat yang dipungut adalah hasil, pengeluaran, stok, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar serta penganalisisan dalam sektor pertanian.

Penerbitan
[Kembali]

Ternakan
Banci Pertubuhan Pertanian Tahunan 2009 - Ternakan dijalankan bagi tahun rujukan 2008. Banci ini dijalankan 2 tahun sekali. Jumlah rangka bagi pertubuhan terlibat dalam sektor ternakan adalah 1141. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh selama sebulan bagi melengkap serta mengembalikan soal selidik kepada Jabatan. Banci ini meliputi pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor ternakan. Antara maklumat yang dipungut adalah hasil, pengeluaran, stok, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar serta penganalisisan dalam sektor pertanian.

Penerbitan
[Kembali]

Perikanan
Banci Pertubuhan Pertanian Tahunan 2009 - Perikanan dijalankan bagi tahun rujukan 2008. Banci ini dijalankan 2 tahun sekali. Jumlah rangka bagi pertubuhan terlibat dalam sektor perikanan adalah 1788. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh selama sebulan bagi melengkap serta mengembalikan soal selidik kepada Jabatan. Banci ini meliputi pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor perikanan. Antara maklumat yang dipungut adalah hasil, pengeluaran, stok, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar serta penganalisisan dalam sektor pertanian.

Penerbitan
[Kembali]


Banci Ekonomi 2011 - Sektor Pertanian 

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Banci Ekonomi 2011 bagi sektor pertanian bagi tahun rujukan 2010. Sektor pertanian terdiri daripada subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan & pembalakan. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik ini kepada Jabatan. Objektif utama banci ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor pertanian bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh juga digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi.
Banci Pertanian 2005

Banci Pertanian 2005 telah dijalankan secara menyeluruh meliputi semua ahli isi rumah yang melaporkan pertanian sebagai pekerjaan utama sama ada sebagai majikan atau bekerja sendiri. Aktiviti pertanian merangkumi tanaman, ternakan, perikanan dan perkhidmatan pertanian. Banci dilaksanakan secara temu duga bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Banci ini dicadang diadakan 10 tahun sekali. Penemuan hasil banci boleh diperoleh daripada penerbitan Banci Pertanian 2005-Tanaman. Walau bagaimanapun, data berkaitan ternakan, perikanan dan perkhidmatan pertanian yang diterbitkan melalui penerbitan Banci Pertanian 2005-Ternakan, Banci Pertanian 2005-Perikanan serta Banci Pertanian 2005-Perkhidmatan Pertanian hanya untuk kegunaan dalaman sahaja dan tidak diterbitkan kepada umum.

Penerbitan
[Kembali]

 
You are here