Penyiasatan Jangkaan Perniagaan Bagi Syarikat Berhad, Malaysia |
|
| Data yang dibentangkan dalam laporan ini adalah berdasarkan maklumat yang dipungut daripada Penyiasatan Jangkaan Perniagaan (PJP) separuh tahunan. PJP meliputi syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad yang besar bagi setiap sektor ekonomi yng diklasifikasi mengikut Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia 2000. Sektor yang diliputi ialah Pertanian dan Perhutanan, Perlombongan dan Elektrik, Pembuatan, Pembinaan, Perdagangan Jual Borong dan Jual Runcit, Hotel, Pengangkutan dan Komunikasi, Pengantaraan Kewangan dan Aktiviti Hartanah dan Perniagaan. Tujuan utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat mengenai tren ekonomi semasa dan masa depan di Malaysia. Data yang dipungut membolehkan penggubal dasar dan golongan peniaga mengawasi prestasi semasa sektor korporat dan pada masa yang sama memberi gambaran tentang jangkaan jangka pendek sektor tersebut. Maklumat yang dipungut dan diterbitkan dalam laporan ini termasuk hasil kasar, perbelanjaan modal, guna tenaga, kekangan dan paras output/operasi. |
Sila pilih tempoh yang berkenaan untuk dipaparkan:-
[ Kembali ] |




