Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Pembinaan

BANCI EKONOMI 2006 MALAYSIA - PEMBINAAN



Muka Surat

98

HargaRM30.00

Laporan ini membentangkan perangkaan bagi sektor pembinaan berdasarkan Banci Ekonomi yang telah dijalankan pada tahun 2006. Perangkaan yang diterbitkan adalah bagi tahun rujukan 2005. Banci industri pembinaan telah dilaksanakan semenjak tahun 1963. Kali terakhir banci bagi sektor ini diadakan adalah pada tahun 1996.

Ringkasan penemuan dibentangkan di bahagian pertama laporan manakala bahagian kedua difokuskan kepada aspek teknikal banci seperti objektif, liputan, definisi dan konsep yang digunakan. Jadual perangkaan yang terperinci dipersembahkan di dalam laporan bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

Data berkaitan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) dalam sektor pembinaan juga diterbitkan. Data sekunder yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta turut dipersembahkan.



LAPORAN PENYIASATAN INDUSTRI PEMBINAAN, MALAYSIA 2010



Muka Surat

103

HargaRM30.00

Laporan ini membentangkan perangkaan bagi sektor pembinaan berdasarkan Penyiasatan Industri Pembinaan yang telah dijalankan pada tahun 2010. Perangkaan yang diterbitkan adalah bagi tahun rujukan 2009. Penyiasatan industri pembinaan telah dilaksanakan semenjak tahun 1996.

Ringkasan penemuan dipaparkan bagi menggambarkan prestasi sektor pembinaan pada tahun 2009. Aspek teknikal penyiasatan seperti objektif, liputan, definisi dan konsep yang digunakan turut disertakan bagi memberikan pemahaman yang komprehensif mengenai penyiasatan. Jadual perangkaan yang terperinci dipersembahkan di dalam laporan bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

Sebagai tambahan, data sekunder yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta turut dipersembahkan.



STATISTIK PEMBINAAN SUKU TAHUNAN



Muka Surat

47

HargaRM12.00

Penerbitan ini mengandungi statistik sektor pembinaan. Statistik yang dikumpulkan adalah daripada Penyiasatan Pembinaan Suku Tahunan. Penyiasatan tersebut meliputi kontraktor utama dengan projek bernilai RM500,000 dan ke atas.

Data yang dilaporkan adalah berdasarkan kepada nilai kerja pembinaan bagi tempoh rujukan suku tahun pertama 2008 hingga suku tahun pertama 2013. Ia juga memuatkan maklumat mengenai jenis aktiviti pembinaan, negeri dan pembinaan mengikut pemilik projek iaitu kerajaan, swasta dan perbadanan awam. Data tersebut digunakan untuk memudahkan pihak kerajaan dan pengguna membuat analisis.

Nota teknikal berkaitan dengan objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan turut dimuatkan dalam penerbitan ini bagi meningkatkan kefahaman berkenaan dengan data tersebut.



BANCI EKONOMI 2011 MALAYSIA - PEMBINAAN



Muka Surat

101

HargaRM25.00

Laporan ini memuatkan perangkaan bagi sektor pembinaan. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Ekonomi yang telah dijalankan pada tahun 2011 bagi tahun rujukan 2010.

Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik.

Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil bancian dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

Sebagai tambahan, data sekunder yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta turut dipersembahkan.

 

You are here