Laporan ini membentangkan perangkaan bagi sektor pembinaan berdasarkan Banci Ekonomi yang telah dijalankan pada tahun 2006. Perangkaan yang diterbitkan adalah bagi tahun rujukan 2005. Banci industri pembinaan telah dilaksanakan semenjak tahun 1963. Kali terakhir banci bagi sektor ini diadakan adalah pada tahun 1996. Ringkasan penemuan dibentangkan di bahagian pertama laporan manakala bahagian kedua difokuskan kepada aspek teknikal banci seperti objektif, liputan, definisi dan konsep yang digunakan. Jadual perangkaan yang terperinci dipersembahkan di dalam laporan bagi membolehkan pengguna membuat analisis. Data berkaitan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) dalam sektor pembinaan juga diterbitkan. Data sekunder yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta turut dipersembahkan. |