Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Perlombongan Dan Pengkuarian


BANCI EKONOMI 2006 MALAYSIA - PERLOMBONGAN & PENGKUARIAN


Muka Surat

85

HargaRM30.00

Laporan ini membentangkan perangkaan bagi sektor perlombongan dan pengkuarian batu untuk tahun rujukan 2005 berdasarkan banci yang dijalankan pada 2006. Banci sektor perlombongan telah dilaksanakan semenjak tahun 1963, manakala sektor pengkuarian pada 1972. Bermula tahun 2000, Banci Ekonomi (Perlombongan dan Pengkuarian) dijalankan sekali dalam 5 tahun.

Intisari bagi penemuan banci dibentangkan di bahagian pertama laporan, manakala bahagian kedua difokuskan kepada aspek teknikal banci seperti objektif, liputan, definisi dan konsep yang digunakan. Jadual perangkaan yang terperinci dipersembahkan di dalam laporan bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

Data sekunder berkaitan sektor perlombongan yang diperoleh daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia juga turut dipersembahkan.

Pesanan dan Pembelian 

PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI 2010


Muka Surat

50

HargaRM20.00

Penerbitan ini mempersembahkan Perangkaan industry petroleum dan gas asli berdasarkan data yang diperoleh daripada Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan yang dijalankan untuk tahun rujukan 2009. Laporan ini turut memuatkan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Objektif utama laporan ini adalah untuk menerbitkan data berkenaan perangkaan utama industri petroleum dan gas asli. Ringkasan penemuan banci ini dibentangkan di bahagian pertama laporan manakala bahagian kedua memberi fokus kepada aspek teknikal banci seperti skop dan liputan, Metodologi, definisi dan konsep yang digunakan. Jadual-jadual Perangkaan yang terperinci juga turut dipersembahkan bagi membantu pengguna membuat analisis.


BANCI EKONOMI 2011, MALAYSIA - PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN


Muka Surat

125

HargaRM25.00

Laporan ini membentangkan perangkaan bagi sektor perlombongan dan pengkuarian batu untuk tahun rujukan 2010 berdasarkan banci yang dijalankan pada tahun 2011. Banci Industri Perlombongan telah dilaksanakan semenjak tahun 1963, manakala Banci Industri Pengkuarian Batu pada 1972. Bermula tahun 2000, Banci Ekonomi (Perlombongan dan Pengkuarian) dijalankan sekali dalam 5 tahun. Laporan ini turut memuatkan data sekunder yang diperoleh daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Dewan Perlombongan Malaysia.

Objektif utama laporan ini adalah untuk menerbitkan data berkenaan sektor perlombongan dan pengkuarian iaitu nilai output kasar, nilai input perantaraan, nilai ditambah, jumlah pekerja, gaji & upah yang dibayar dan nilai harta tetap yang dimiliki. Ringkasan penemuan banci ini dibentangkan di bahagian pertama laporan, manakala bahagian kedua memberi fokus kepada aspek teknikal banci seperti skop dan liputan, metodologi, definisi dan konsep yang digunakan. Jadual-jadual perangkaan yang terperinci turut dipersembahkan di dalam laporan bagi membantu pengguna membuat analisis.

You are here