Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Pertanian

PERANGKAAN GETAH BULANAN MALAYSIA

GETAH2013

Muka Surat

28

HargaRM5.00

Penerbitan ini mempersembahkan perangkaan tentang penawaran dan permintaan getah asli di Malaysia. Penawaran terdiri daripada stok pada awal bulan rujukan, pengeluaran dan import. Sementara permintaan pula terdiri daripada stok pada akhir tempoh, eksport dan penggunaan domestik. Di samping itu, data tentang bilangan pekerja, gaji dan upah, produktiviti serta harga getah turut dimuatkan.

Data dalam laporan ini diperoleh daripada banci bulanan Estet Getah, Pemproses Getah dan Pengguna Getah serta daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma


 

BANCI EKONOMI 2006 MALAYSIA - PEMBALAKAN

Muka Surat

56

HargaRM25.00

Laporan julung kali ini merupakan usaha Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menerbitkan statistik pembalakan berdasarkan Banci Ekonomi Pembalakan yang dijalankan pada tahun 2006. Perangkaan yang diterbitkan adalah bagi tahun rujukan 2005.

Objektif utama laporan ini adalah untuk menerbitkan data berkaitan nilai output kasar, kos input, jumlah guna tenaga, gaji & upah yang dibayar serta nilai harta dalam sektor pembalakan bagi mengukur sumbangan pertubuhan pembalakan kepada sektor pertanian.

Bahagian pertama laporan ini memaparkan ringkasan penemuan daripada banci. Bahagian kedua memfokuskan kepada aspek teknikal seperti skop dan liputan, definisi dan konsep yang digunakan. Jadual-jadual terperinci juga dipersembahkan dalam laporan ini bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

 

BANCI EKONOMI 2006 MALAYSIA - PERTANIAN

Muka Surat

132

HargaRM35.00

Penerbitan ini merupakan yang julung kali dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menyusun dan menerbit statistik berkaitan sektor pertanian mengikut konsep pertubuhan. Data yang diterbitkan merupakan penemuan daripada Banci Ekonomi Pertanian yang dijalankan pada tahun 2006 (rujukan tahun 2005).

Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian termasuk sub-sektor ternakan dan perikanan. Antara statistik yang dipaparkan adalah berkaitan dengan nilai output kasar yang dihasilkan, kos input, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap yang dimiliki dalam sektor ini.

Maklumat serta data yang diperoleh boleh digunakan untuk tujuan perancangan, penggubalan dasar dan penganalisisan dalam sektor pertanian. Penerbitan ini juga diharap akan dapat membantu ahli akademik, pengusaha pertanian, pihak penyelidik dan swasta dalam menjalankan kerja penyelidikan berkaitan dengan sektor pertanian.

 

BANCI PERTANIAN 2005 MALAYSIA - TANAMAN

Muka Surat

187

HargaRM55.00

Banci Pertanian 2005 dijalankan untuk mengumpul maklumat sektor pertanian bagi mewujudkan pangkalan data pertanian yang komprehensif. Ini sejajar bagi memenuhi keperluan kerajaan dalam memperoleh data dan maklumat yang tepat berkaitan aktiviti pertanian untuk membantu kerajaan dalam merangka strategi dan dasar yang sesuai untuk pembangunan ekonomi negara.

Selain menyediakan rangka bagi kajian-kajian pertanian yang akan dijalankan kemudian, data yang dikumpul juga berguna bagi penyelidikan dan tujuan lain oleh pelbagai pihak seperti penyelidik, ahli akademik, pengusaha pertanian dan pihak swasta.

Laporan ini mempersembahkan perangkaan yang memfokuskan kepada aktiviti tanaman yang diperoleh daripada Banci Pertanian 2005. Data yang dipersembahkan termasuk bilangan pengusaha tanaman mengikut ciri-ciri demografi, jenis tanaman, profil tanaman dan amalan teknologi yang digunakan.

 





PERANGKAAN GETAH TAHUNAN, MALAYSIA

Muka Surat

119

HargaRM28.00

Laporan ini membentangkan perangkaan mengenai estet dan kebun kecil getah. Data estet bagi tahun rujukan 2010 diperoleh daripada Banci Ekonomi 2011 manakala data kebun kecil diperoleh daripada agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Maklumat berkenaan ciri-ciri estet getah di Malaysia seperti bilangan estet, keluasan, pengeluaran, hasil, struktur guna tenaga, gaji & upah, nilai harta dan perbelanjaan modal merupakan antara data penting yang dipersembahkan di dalam laporan ini.

Penerbitan ini juga mengandungi maklumat sekunder yang berkaitan dengan eksport dan import, penggunaan domestik dan perangkaan getah negara-negara terpilih yang sumbernya daripada International Rubber Study Group (IRSG) dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

 

BANCI PERTANIAN MALAYSIA, 2005

Muka Surat

111

HargaRM50.00

Banci Pertanian 2005 dijalankan untuk mengumpul data asas pertanian bagi mengwujudkan pangkalan data yang lengkap dan komprehensif berkaitan sektor pertanian. Ini sejajar bagi memenuhi keperluan kerajaan dalam memperoleh data dan maklumat yang tepat berkaitan aktiviti pertanian untuk membantu kerajaan dalam merangka strategi dan dasar yang sesuai untuk pembangunan ekonomi negara.

Selain menyediakan rangka bagi kajian-kajian pertanian yang akan dijalankan kemudian, data yang dikumpul juga berguna bagi penyelidikan dan tujuan lain oleh pelbagai pihak seperti penyelidik, ahli akademik, pengusaha pertanian dan pihak swasta.

Laporan ini membentangkan perangkaan dan maklumat yang diperoleh mengenai pengusaha aktiviti-aktiviti pertanian iaitu pengusaha tanaman, pengusaha ternakan, pengusaha perikanan dan pengusaha perkhidmatan pertanian.

 

BANCI EKONOMI 2011 MALAYSIA - TANAMAN

GETAH_JAN2012

Muka Surat

118

HargaRM25.00

Laporan ini membentangkan perangkaan subsektor tanaman yang diperoleh daripada Banci Ekonomi 2011 bagi tahun rujukan 2010. Di samping itu, laporan ini turut memuatkan perangkaan pertanian secara keseluruhan yang meliputi subsektor tanaman, ternakan, perhutanan & pembalakan dan perikanan.

Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama memuatkan hasil penemuan bagi keseluruhan sektor pertanian (seksyen A) dan subsektor tanaman (seksyen B). Data yang difokuskan di bahagian ini adalah berkaitan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap. Maklumat berkaitan pemilikan wanita turut dimuatkan dalam laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop, liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual terperinci bagi keseluruhan sektor pertanian dan subsektor tanaman dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma


 

BANCI EKONOMI 2011 MALAYSIA - TERNAKAN

Ternakan

Muka Surat

102

HargaRM25.00

Laporan ini membentangkan perangkaan subsektor ternakan yang diperoleh daripada Banci Ekonomi 2011 bagi tahun rujukan 2010. Ia turut memuatkan perangkaan pertanian secara keseluruhan yang meliputi subsektor tanaman, ternakan, perhutanan & pembalakan dan perikanan.

Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama memuatkan hasil penemuan bagi keseluruhan sektor pertanian (seksyen A) dan subsektor ternakan (seksyen B). Data yang difokuskan di bahagian ini adalah berkaitan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap. Maklumat berkaitan pemilikan wanita turut dimuatkan dalam laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop, liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual terperinci bagi keseluruhan sektor pertanian dan subsektor ternakan dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma


 

BANCI EKONOMI 2011 MALAYSIA - PERIKANAN

Perikanan

Muka Surat

99

HargaRM25.00

Laporan ini membentangkan perangkaan subsektor perikanan yang diperoleh daripada Banci Ekonomi 2011 bagi tahun rujukan 2010. Ia turut memuatkan perangkaan pertanian secara keseluruhan yang meliputi subsektor tanaman, ternakan, perhutanan & pembalakan dan perikanan.

Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama memuatkan hasil penemuan bagi keseluruhan sektor pertanian (seksyen A) dan subsektor perikanan (seksyen B). Data yang difokuskan di bahagian ini adalah berkaitan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap. Maklumat berkaitan pemilikan wanita turut dimuatkan dalam laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop, liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual terperinci bagi keseluruhan sektor pertanian dan subsektor perikanan dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma


You are here