Anggaran bagi suku tahunan bagi setiap industri dan sub - komponen perbelanjaan dibuat dengan menggunakan maklumat kuantiti, nilai dan harga yang ada secara berasingan daripada anggaran tahunan. Ini dibuat bagi kedua-dua harga semasa dan harga malar. Kemudian, anggaran suku tahunan diselaraskan dengan anggaran tahunan melalui teknik tanda rujuk.
Anggaran KDNK suku tahunan adalah sebahagian rangkuman daripada anggaran tahunan.Oleh yang demikian, dalam menerangkan sumber dan kaedah yang digunakan untuk anggaran suku tahunan, rujukan telah dibuat kepada sumber dan kaedah yang digunakan dalam anggaran tahunan.
Penerbitan boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah ruangan: Produk & Perkhidmatan > Penerbitan > Muat Turun Percuma > Akaun Negara.



