Sumber data adalah seperti berikut:
i. Pengikraran import dan eksport (hard / soft copy) yang diluluskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga-Lembaga Zon Bebas.
ii. Keterangan mengenai pengiriman bungkusan pos/courier dibekalkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pos Malaysia Bhd. dan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB).
iii. Penyata dan pengikraran eksport mengenai bunkers dan stores yang dibekalkan kepada kapal laut dan kapal terbang yang dikeluarkan/diluluskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan syarikat-syarikat petroleum.
iv. Penyata penjualan barangan dibekalkan oleh pengusaha pengusaha Kedai Bebas Cukai.
v. Penyata jualan elektrik yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengeluar Tenaga.
Penerbitan boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah ruangan: Produk & Perkhidmatan > Penerbitan > Muat Turun Percuma > Sektor Luaran.



