Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

INDEKS HARGA PENGELUAR, MALAYSIA
 

IHP2013Apr

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) disusun dan diterbitkan setiap bulan mengikut kategori utama Klasifikasi Piawai Perindustrian Malaysia (MSIC) 2000 bagi barangan keluaran tempatan dan Piawai Penjenisan Perdagangan Antarabangsa (S.I.T.C) bagi kedua-dua barangan keluaran tempatan dan import. IHPR disiarkan kepada awam pada hari bekerja terakhir setiap bulan selepas bulan rujukan.

IHPR dibentuk untuk mengukur perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dan yang dibayar oleh pengimport bagi mengimport barangan ke Malaysia. IHPR terdiri daripada kedua-dua indeks harga pengeluar tempatan dan import. IHPR mengukur purata perubahan harga yang dikenakan oleh pengeluar barangan dalam sesuatu industri pada bulan rujukan berbanding tempoh asas. Mulai bulan rujukan Januari 2010, IHPR bagi Ekonomi Domestik, Pengeluaran Tempatan dan Import diterbitkan menggunakan tahun asas yang baru, 2005=100.

Satu koleksi komoditi yang pelbagai telah dipilih untuk mewakili pelbagai sektor ekonomi dan harga bagi komoditi ini dipungut setiap bulan. Sejumlah 630 item komoditi digunakan dalam penyusunan indeks harga pengeluar tempatan, manakala 1,086 item komoditi digunakan bagi indeks harga import.

Sila pilih bulan yang berkenaan untuk dipaparkan:-

Tahun
Bulan
2013
Ogos
Sept
Okt
Nov
Dis
2012
2011
2010

 



You are here