|
Mengenai mySMS mySMS adalah merupakan perkhidmatan yang dibekalkan untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan data terkini daripada Jabatan Perangkaan. Data Penduduk, Keluaran Dalam Negara Kasar, Indeks Harga Pengguna, Perdagangan, Guna Tenaga, Indeks Pengeluaran Perindustrian dan Perangkaan Pembuatan Bulanan boleh diperolehi. Disamping itu, alamat Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan dan Jabatan Perangkaan Negeri juga boleh diperolehi melalui perkhidmatan ini.
Untuk mendapatkan data atau alamat melalui Perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu menaip STATS DATA dan menghantarnya ke 15888. Pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan seterusnya tambahan caj sebanyak RM0.20 akan dikenakan apabila pengguna menerima data atau alamat. |
|
|
| Bagaimana mendapatkan data menggunakan khidmat mySMS? |
| a. Untuk melihat data yang ditawarkan melalui perkhidmatan mySMS, sila lihat contoh di bawah: |
 | | Langkah 1: Taipkan STATS DATA Langkah 2: Hantar kepada 15888 |
| b. Anda akan menerima menu seperti yang ditunjukkan di bawah: |

| | RM0.20 STATS: Menu: 1 alamat 2 pnduduk 3 kdnk 4 hrg pguna 5 prdagangan 6 gtenaga 7 pngeluarn prindustrian 8 pmbuatan
|
| c. Untuk mendapatkan data ( contohnya, indeks pengeluaran perindustrian): |

| | Langkah 1 : Taip stats 7 Langkah 2 : Hantar kepada 15888
|
| d. Anda akan menerima data terkini bagi indeks pengeluaran perindustrian seperti yang ditunjukkan di bawah: |
 | | RM0.20 STATS: pngluaran prindustrian apr 09/08 kseluruhan: - 11.4% plombongan : - 2.9% pmbuatan : -15.7% elktrk : -2.9% maklumat lanjut: www.statistics.gov.my |
| | |