|
Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia September 2009 (Kemaskini : 10/11/2009) |
|
|
|
Selasa, 10 November 2009 12:01 |
|
1. PRESTASI INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN Sorotan Penting Sektor | Indeks September 2009 | % Perubahan Tahun atas Tahun | % Perubahan Bulan atas Bulan | IPP | 100.8 | - 6.0 | - 2.4 | Indeks Perlombongan | 94.2 | - 3.0 | 1.5 | Indeks Pembuatan | 103.0 | - 7.9 | - 3.6 | Indeks Elektrik | 111.0 | 1.8 | - 5.7 |
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) bagi bulan September 2009 menurun 6.0% berbanding bulan September 2008, mengikuti penurunan tahun atas tahun 7.0% (pindaan) pada bulan Ogos 2009. Penurunan pada bulan September 2009 berpunca dari kejatuhan dua indeks: Pembuatan (7.9%) dan Perlombongan (3.0%). Walau bagaimanapun, indeks Elektrik mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8%. Bagi perbandingan bulan atas bulan, IPP menurun sebanyak 2.4%. Indeks kumulatif bagi tempoh Januari-September 2009 merosot 10.8% berbanding tempoh yang sama tahun 2008. 2. PRESTASI SEKTOR PEMBUATAN Output Pembuatan bagi bulan September 2009 merosot 7.9% berbanding bulan September 2008. Output bagi bulan Ogos 2009 menurun 7.7% (pindaan) berbanding bulan yang sama tahun 2008. Berbanding bulan sebelum, output September 2009 menurun 3.6%. Pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun 2009 adalah lebih rendah sebanyak 14.2% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Kejatuhan output Pembuatan berpunca dari penurunan dalam kumpulan Produk Elektrik dan Elektronik (22.2%); Produk Kayu, Perabot, Keluaran Kertas, Percetakan (12.0%); dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (7.2%). 3. PRESTASI SEKTOR PERLOMBONGAN Output sektor Perlombongan menurun 3.0% pada bulan September 2009 berbanding bulan yang sama tahun 2008. Kedudukan tersebut berpunca daripada kemerosotan indeks minyak mentah (4.2%). Manakala indeks gas asli meningkat sedikit 0.1%. Berbanding bulan sebelum, output Perlombongan meningkat kepada 1.5%. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2009, sektor Perlombongan merekodkan penurunan 4.5% berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelum. 4. PRESTASI SEKTOR ELEKTRIK Output Elektrik meningkat 1.8% pada bulan September 2009 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Berbanding bulan sebelum, output Elektrik merekodkan penurunan 5.7%. Kemerosotan 2.3% dicatatkan bagi tempoh Januari-September 2009 berbanding tempoh yang sama tahun 2008.
* Nota:
1. Indeks Pengeluaran Perindustrian ialah satu ukuran kadar perubahan sebenar pengeluaran komoditi perindustrian bagi satu tempoh masa. Komoditi tersebut diperoleh daripada sektor Pembuatan, Perlombongan dan Elektrik.
2. Data bagi bulan September 2009 merupakan data awalan. Data ini akan dikemaskini semula berdasarkan kedudukan terkini dan ia akan dimuatkan dalam penerbitan bulan Oktober 2009. 3. Laporan ini boleh diperolehi daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia (www.statistics.gov.my/).
|