| Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia mengukur perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi bakul tetap barangan dan perkhidmatan yang mewakili corak perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Malaysia pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. IHP dikira berdasarkan standard dan prosedur yang diterima pakai di peringkat antarabangsa; menggunakan formula Laspeyres. IHP Malaysia yang dinyatakan dalam tahun asas 2010=100 ialah indeks komposit berdasarkan wajaran perbelanjaan kawasan, dikira dari tiga indeks kawasan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang disusun secara berasingan. | ||||
| Indeks Harga Pengeluar (IHPR) disusun dan diterbitkan setiap bulan mengikut kategori utama Klasifikasi Piawai Perindustrian Malaysia (MSIC) 2000 bagi barangan keluaran tempatan dan Piawai Penjenisan Perdagangan Antarabangsa (S.I.T.C) bagi kedua-dua barangan keluaran tempatan dan import. IHPR disiarkan kepada awam pada hari bekerja terakhir setiap bulan selepas bulan rujukan. IHPR dibentuk untuk mengukur perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dan yang dibayar oleh pengimport bagi mengimport barangan ke Malaysia. IHPR terdiri daripada kedua-dua indeks harga pengeluar tempatan dan import. IHPR mengukur purata perubahan harga yang dikenakan oleh pengeluar barangan dalam sesuatu industri pada bulan rujukan berbanding tempoh asas. Mulai bulan rujukan Januari 2010, IHPR bagi Ekonomi Domestik, Pengeluaran Tempatan dan Import diterbitkan menggunakan tahun asas yang baru, 2005=100. Satu koleksi komoditi yang pelbagai telah dipilih untuk mewakili pelbagai sektor ekonomi dan harga bagi komoditi ini dipungut setiap bulan. Sejumlah 630 item komoditi digunakan dalam penyusunan indeks harga pengeluar tempatan, manakala 1,086 item komoditi digunakan bagi indeks harga import. | ||||
![]()
| Harga bagi minyak diesel adalah harga kawalan kerajaan yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Harga besi keluli, simen dan fabric reinforcement yang diterbitkan dalam Siaran Khas 1 ini diperoleh dari pungutan harga yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Harga yang dilaporkan mengikut 3 kawasan di Semenanjung Malaysia seperti berikut :- Utara = Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Harga bitumen penembusan 80/100 adalah berdasarkan harga purata ex-Kuala Lumpur yang dibekalkan kepada kontraktor-kontraktor oleh pembekal-pembekal utama. Semua harga yang tersebut di atas adalah bagi tujuan pengiraan kadar perubahan harga sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mewakili kedudukan harga yang sebenar. | ||||
![]()
| Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) adalah suatu indeks untuk tujuan khusus yang berasaskan formula Laspeyres. Ianya dibentuk untuk mengukur kadar perubahan purata harga bahan-bahan binaan terpilih yang digunakan dalam lapan kategori bangunan untuk enam kawasan di Semenanjung Malaysia. IKB adalah sesuai untuk penggunaan Syarat Perubahan Harga dalam kontrak-kontrak bangunan kerajaan sahaja. Spesifikasi dan pemberat untuk bahan-bahan binaan terpilih mengikut kategori bangunan, disediakan oleh JKR. Anggaran 5,000 sebutharga dipungut setiap bulan daripada lebih kurang 760 outlet untuk 145 jenis bahan binaan terpilih. | ||||
![]()
| Harga bagi minyak diesel adalah harga kawalan kerajaan yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Harga besi keluli, simen dan fabric reinforcement yang diterbitkan dalam Siaran Khas 1 ini diperoleh dari pungutan harga yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Harga yang dilaporkan mengikut 3 kawasan di Sabah dan 3 kawasan di Sarawak seperti berikut :- Sabah = Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau Harga bitumen penembusan 80/100 adalah berdasarkan harga purata ex-Kota Kinabalu bagi Sabah dan ex-Kuching bagi Sarawak. Semua harga yang tersebut di atas adalah bagi tujuan pengiraan kadar perubahan harga sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mewakili kedudukan harga yang sebenar. | ||||
![]()
| Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) adalah suatu indeks untuk tujuan khusus yang berasaskan formula Laspeyres. Ianya dibentuk untuk mengukur kadar perubahan purata harga bahan-bahan binaan terpilih yang digunakan dalam 9 kategori bangunan di Sabah untuk 3 kawasan iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau serta 8 kategori bangunan di Sarawak untuk 3 kawasan iaitu Kuching, Sibu dan Miri. IKB adalah sesuai untuk penggunaan Syarat Perubahan Harga dalam kontrak-kontrak bangunan kerajaan sahaja. Spesifikasi dan pemberat untuk bahan-bahan binaan terpilih mengikut kategori bangunan disediakan oleh JKR. Anggaran 1700 sebutharga dipungut setiap bulan untuk 175 jenis bahan binaan terpilih. | ||||
![]()
| Mulai Januari 2013, Indeks Kos Komponen Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal adalah berasaskan kepada tahun asas yang ditukar daripada (Disember 2007=100) kepada (Julai 2012=100). Indeks harga seunit diterbitkan mengikut tiga (3) kawasan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Spesifikasi untuk komponen mekanikal dan elektrikal terpilih disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Harga diperoleh dari pungutan harga yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
| ||||
| Penerbitan ini mengandungi Indeks Harga Import dan Eksport yang disusun menggunakan 2005 sebagai tahun asas. Indeks harga import mengukur perubahan harga yang dibayar oleh pengimport bagi barangan yang diimport ke Malaysia bagi sesuatu tempoh masa. Indeks harga eksport yang diterbitkan buat pertama kali merupakan indeks berasaskan output yang mengukur perubahan harga yang diterima oleh pengeksport bagi barangan yang dieksport ke luar Malaysia. Indeks harga import dan eksport adalah penunjuk awal kepada pergerakan transaksi perdagangan Malaysia.
| ||||
Pesanan dan Pembelian






