Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau
SEKTOR LUARAN

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN MALAYSIA

Muka Surat

75

HargaRM15.00

Penerbitan ini mengandungi perangkaan perdagangan Malaysia berkaitan dengan import dan eksport (termasuk eksport semula) mengikut seksyen, bahagian dan kumpulan barangan, negara asal dan yang ditujui, barangan utama/terpilih, klasifikasi kategori ekonomi umum (BEC) dan penggunaan akhir serta data penyelarasan musim.

Objektif utama penyusunan perangkaan perdagangan luar Malaysia ialah untuk membekalkan maklumat tentang prestasi perdagangan Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di dunia dari segi kuantiti, nilai dan nilai unit purata barangan.

Kandungan penerbitan adalah seperti berikut :

  • Import, Eksport & Imbangan Perdagangan
  • Import & Eksport mengikut Seksyen/Bahagian/ Kumpulan Barangan
  • Import & Eksport mengikut Negara Asal/Yang Ditujui
  • Import mengikut Negara Asal dan Seksyen Barangan
  • Eksport mengikut Negara Yang Ditujui dan Sekysen Barangan
  • Import/Eksport Barangan Utama dan Terpilih
Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

[Atas]

 

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI, MALAYSIA
indeks2010

Muka Surat

22

HargaRM5.00
Indeks perdagangan luar negeri mengukur perubahan paras nilai seunit serta volum eksport dan import Malaysia.

Nombor indeks ini mencerminkan peratusan kenaikan atau penurunan dalam paras nilai seunit dan volum buat pertama kalinya dibentuk dengan menggunakan tahun 1970 sebagai tahun asas (1970=100) dan kemudian tahun 1999=100. Kini indeks ini diasaskan semula kepada tahun 2005.

Indeks nilai seunit dan volum adalah penunjuk ekonomi utama yang mempunyai pelbagai kegunaan.

Sebanyak 1,191 barangan eksport yang mewakili kira-kira 90.6 peratus daripada jumlah nilai eksport yang dicatatkan pada tahun 2005 dan 1,941 barangan import yang meliputi kira-kira 87.5 peratus daripada jumlah nilai import tahun 2005 masing-masing digunakan dalam pengiraan indeks import dan eksport. Indeks ini adalah berdasarkan konsep satu bakul barangan yang tetap.
Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

[Atas]

 

PERANGKAAN MUKTAMAD PERDAGANGAN LUAR NEGERI MALAYSIA, 2011
perangkaan_muktamad_perdagangan_luar_negeri10

Muka Surat

729

HargaRM45.00
Laporan ini membentangkan perangkaan muktamad Perdagangan Luar Negeri Malaysia bagi tahun rujukan 2009. Objektif utama laporan ini adalah untuk memaparkan maklumat tahunan nilai eksport dan import mengikut seksyen, bahagian dan kumpulan barangan; negara asal dan negara akhir yang dituju; barangan utama/terpilih; klasifikasi Kategori Ekonomi Umum (BEC) dan penggunaan akhir.

Penerbitan ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama memfokuskan aspek teknikal seperti objektif; skop dan liputan; dan konsep serta definisi yang digunakan. Manakala, jadual-jadual perangkaan terpilih dibentangkan di dalam bahagian kedua bagi membolehkan pengguna membuat analisis.
Pesanan dan Pembelian
[Atas]

 

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI, SABAH 2012
external_Trade_Sabah_2010

ISSN

0128-0368

Muka Surat

237

HargaRM40.00

Penerbitan ini mengandungi maklumat perdagangan bagi tahun rujukan 2011. Penerbitan ini memaparkan nilai eksport, import dan eksport semula berdasarkan penjenisan dan komponen Standard International Trade Classification, Revision 4, (S.I.T.C. Rev. 4).

Maklumat terperinci pada peringkat 9- digit tariff items [Sistem Berharmonis (SB)/SITC yang setara] boleh juga dibekalkan kepada pengguna atas permintaan.

Nota Teknikal berhubung objektif; skop dan liputan; dan konsep dan definisi yang diguna adalah dibekalkan.

Pesanan dan Pembelian[Atas]

 

 

 

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI, SARAWAK 2012

ISSN

0127-0451

Muka Surat

191

HargaRM50.00
Penerbitan ini mengandungi maklumat perdagangan bagi tahun rujukan 2011. Penerbitan ini memaparkan nilai eksport, import dan eksport semula berdasarkan penjenisan dan komponen Standard International Trade Classification, Revision 4, (S.I.T.C. Rev. 4).

Maklumat terperinci pada peringkat 9- digit tariff items [Sistem Berharmonis (SB)/SITC yang setara] boleh juga dibekalkan kepada pengguna atas permintaan.

Nota Teknikal berhubung objektif; skop dan liputan; dan konsep dan definisi yang diguna adalah dibekalkan
Pesanan dan Pembelian[Atas]

 

LAPORAN IMBANGAN PEMBAYARAN SUKU TAHUNAN, MALAYSIA


Muka Surat

39

Harga
RM10.00

Laporan ini memaparkan anggaran imbangan pembayaran suku tahunan Malaysia.

Objektif utama penyusunan anggaran imbangan pembayaran Malaysia adalah untuk menyediakan maklumat tentang prestasi ekonomi Malaysia berbanding dengan negara-negara lain dari segi magnitud dan jenis transaksi dalam Akaun Semasa dan juga di dalam aliran Akaun Modal serta Kewangan. Secara khususnya, kedudukan Akaun Semasa menunjukkan ringkasan tentang transaksi yang berlaku dalam item/komponen barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder, dan mengambarkan tentang pendapatan dan perbelanjaan yang dinilai dari segi pertukaran asing keseluruhan Malaysia bagi tempoh di bawah kajian. Memandangkan imbangan akaun semasa mencerminkan tentang peruntukan sumber bersih kepada atau daripada negara lain, anggaran ini juga menunjukkan sama ada Malaysia mempunyai tuntutan bersih terhadap atau liabiliti bersih kepada negara lain di dunia.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

[Atas]
You are here